Monday, 25 May 2015

Pengenalan

Assalamualaikum W.B.T 


Blog ini ditubuhkan untuk memenuhi jam kredit bagi subjek BMS 3022 Karya Agung Melayu tahun 2015 (Kumpulan B). Diharapkan juga blog ini dapat membantu pelawat-pelawat bagi mencari atau menjadikan blog ini sebagai bahan rujukan.

Kami merupakan pelajar semester 8 Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi program ISMP Bahasa Melayu.

Dalam blog ini dimuatnaikkan analisis mengenai karya agung tradisional iaitu Tuhfat Al-Nafis dan Karya Agung Moden iaitu Novel Laskar Pelangi. Dalam blog ini juga dimuatnaikkan analisis mengenai Gurindam 12 Karya Raja Ali Haji.

Karya-karya agung ini dianalisis dari segi: 

  1. Pemikiran, 
  2. Estetika
  3. Kepengarangan
  4. Nilai budaya
  5. Pegangan hidup
  6. Nilai ilmu