Novel Laskar Pelangi
merupakan sebuah karya Andrea Hinata novel ini menceritakan mengenai kehidupan
beberapa orang kanak-kanak di Belitong. Andrea Hirata memulakan karya novel ini
berdasarkan dunia pendidikan di Indonesia di mana sebuah sekolah yang hendak
ditutup kerana kekurangan murid. Sekolah tersebut adalah SD Muhammadiyah di
Gantung Belitung Timur. Tetapi setelah Harun, iaitu pelajar kesepuluh datang
mendaftar di sekolah tesebut telah menyebabkan sekolah SD Muhammadiyah ini
dapat dijalankan seperti biasa. Kesepuluh murid tersebut adalah para laskar
pelangi. Gelaran tersebut diberikan oleh guru mereka bernama Bu Mus, disebabkan
oleh kegemaran mereka terhadap pelangi. Novel ini sarat dengan konflik, ditulis
dengan realistik dan perlambangan yang berani, namun diselitkan unsur yang
menarik (Eko Marini, 2010)
Penulis Laskar Pelangi : Andrea Hinata
Watak-watak utama iaitu para laskar pelangi dalam novel ini adalah Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani, dan juga Harun. Mereka adalah sahabat yang yang melalui liku-liku kehidupan di sekolah yang dapat mempersonakan pembaca melalui apa yang disampaikan oleh penulis. Novel laskar pelangi menceritakan mengenai kehidupan mereka di sekolah dan juga lingkungan sosial. Mereka cuma kanak-kanak kampung yang mempunyai semangat yang luar biasa. Perjalanan mereka dipenuhi kejadian yang tak disangkakan.
Sudut pandang bercerita dalam novel ini menggunakan orang pertama yakni “aku”. Aku sendiri adalah si Ikal. Ikal merupakan seorang pelajar yang pandai walaupun cuma berada di tempat kedua selepas Lintang. Ikal amat berminat kepada sastera. Hal ini dapat dilihat melalui kegemarannya menulis puisi.
Novel laskar pelangi berfokuskan kepada perjuangan hidup kesepuluh laskar pelangi ini dalam menghidupkan cita-cita di antara kehidupan mereka yang susah. Andrea Hirata, walaupun banyak didikritik kerana menyatakan bahawa cerita dalam novel ini adalah cerita benar, mendapat tempat yang banyak dalam hati pembaca. Jika dilihat, novel Laskar Pelangi ini mampu mengubah persepsi kepada bidang pendidikan di Indonesia dan menjadi pembakar semangat kepada pembaca untuk menuntut ilmu (Asrori, 2008).
Dalam penulisan ini, kami ingin mengkaji novel Laskar Pelangi ini dari segi pemikiran, falsafah, nilai dan budaya, serta ilmu untuk melihat bagaimana penggarapan yang dilakukan oleh Andrea Hinata dalam menjadikan novelnya sebagai impak yang besar dalam dunia pendidikan. Pengkajian ini membawa banyak penemuan yang baru dan menunjukkan kepengaranan Andrea Hinata adalah subjektif kepada pandangan pembaca
No comments:
Post a Comment