Asal Usul Tuhfat Al-Nafis




Tuhfat al Nafis (Hadiah Yang Berharga) merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis. Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji Ahmad wafat maka tugas penulisan disambung oleh Raja Ali Haji.




 
(Raja Ali Haji - Pengarang karya Tuhfat Al-Nafis)



           Di dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat orang Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri.

           Buku ini banyak menerapkan unsur keislaman setelah kedatangan pedagang Arab dari Jeddah atas sebab kekayaan perdagangan di Johor. Pada permulaannya, pengarang mengisahkan tentang keruntuhan empayar di Melaka dan kezaliman raja Melayu yang saling berbunuhan untuk mendapat takhta dan menggunakan cara yang salah untuk berkuasa dalam pemerintahan.


           Berdasarkan pengkajian yang telah kami lakukan, banyak pemikiran yang diutarakan oleh Raja Ali Haji dalam mengangkat orang Bugis. Beliau menggunakan gaya kepengarangan yang berbeza berbanding karyanya yang lain bahkan buku ini dijadikan rujukan utama dalam pengkajian sejarah Johor. Selain itu estetika dalam pengarangan beliau tampak lebih segar dengan elemen Islam yang tinggi selain kebudayaan dan pandangan hidup. Karya ini memaparkan pelbagai ilmu yang bertepatan dengan ciri sesebuah karya yang agung. Jadi, pengkajian ini membawa banyak penemuan yang baru dan menunjukkan kepengarangan Raja Ali Haji adalah subjektif berdasarkan pandangan pembaca.

No comments:

Post a Comment