Novel Laskar Pelangi
merupakan sebuah karya Andrea Hinata novel ini menceritakan mengenai kehidupan
beberapa orang kanak-kanak di Belitong. Andrea Hirata memulakan karya novel ini
berdasarkan dunia pendidikan di Indonesia di mana sebuah sekolah yang hendak
ditutup kerana kekurangan murid. Sekolah tersebut adalah SD Muhammadiyah di
Gantung Belitung Timur. Tetapi setelah Harun, iaitu pelajar kesepuluh datang
mendaftar di sekolah tesebut telah menyebabkan sekolah SD Muhammadiyah ini
dapat dijalankan seperti biasa. Kesepuluh murid tersebut adalah para laskar
pelangi. Gelaran tersebut diberikan oleh guru mereka bernama Bu Mus, disebabkan
oleh kegemaran mereka terhadap pelangi. Novel ini sarat dengan konflik, ditulis
dengan realistik dan perlambangan yang berani, namun diselitkan unsur yang
menarik (Eko Marini, 2010)
Watak-watak
utama iaitu para laskar pelangi dalam novel ini adalah Ikal, Lintang, Sahara,
Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani, dan juga Harun. Mereka adalah
sahabat yang yang melalui liku-liku kehidupan di sekolah yang dapat
mempersonakan pembaca melalui apa yang disampaikan oleh penulis. Novel laskar
pelangi menceritakan mengenai kehidupan mereka di sekolah dan juga lingkungan
sosial. Mereka cuma kanak-kanak kampung yang mempunyai semangat yang luar biasa.
Perjalanan mereka dipenuhi kejadian yang tak disangkakan.
Sudut
pandang bercerita dalam novel ini menggunakan orang pertama yakni “aku”. Aku
sendiri adalah si Ikal. Ikal merupakan seorang pelajar yang pandai walaupun
cuma berada di tempat kedua selepas Lintang. Ikal amat berminat kepada sastera.
Hal ini dapat dilihat melalui kegemarannya menulis puisi.
Novel laskar
pelangi berfokuskan kepada perjuangan hidup kesepuluh laskar pelangi ini dalam menghidupkan
cita-cita di antara kehidupan mereka yang susah. Andrea Hirata, walaupun banyak
didikritik kerana menyatakan bahawa cerita dalam novel ini adalah cerita benar,
mendapat tempat yang banyak dalam hati pembaca. Jika dilihat, novel Laskar
Pelangi ini mampu mengubah persepsi kepada bidang pendidikan di Indonesia dan
menjadi pembakar semangat kepada pembaca untuk menuntut ilmu (Asrori, 2008).
Dalam
penulisan ini, kami ingin mengkaji novel Laskar Pelangi ini dari segi
pemikiran, falsafah, nilai dan budaya, serta ilmu untuk melihat bagaimana
penggarapan yang dilakukan oleh Andrea Hinata dalam menjadikan novelnya sebagai
impak yang besar dalam dunia pendidikan. Pengkajian ini membawa banyak penemuan
yang baru dan menunjukkan kepengaranan Andrea Hinata adalah subjektif kepada
pandangan pembaca
2.0 Pemikiran dalam Laskar Pelangi
Pemikiran bermula dengan
idea, yang kemudiannya dimatangkan oleh pengarang menjadi subjek, akhirnya
menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan. Setiap pengarang
mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian
menjelmakannya menjadi mesej, mutiara dan permata karya. Secara umumnya,
pemikiran merupakan idea atau mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca dan
penonton.
Laskar Pelangi mengisahkan mengenai sepuluh orang
kanak-kanak yang mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Kisah ini
berlaku di Kampung Gantung, Belitung Timur.
Kisah ini bermula ketika sekolah SD Muhammadiyah iaitu satu-satunya
sekolah agama tertua di Belitung akan dirobohkan oleh Depdikbud Sumsel
sekiranya jumlah pelajar di sekolah itu tidak mencukupi sepuluh orang atau
lebih. Namun, kehadiran Harun telah menyelamatkan SD Muhammadiyah daripada dirobohkan
kerana pelajar yang akan bersekolah di sekolah itu sudah cukup bilangan yang
ditetapkan iaitu sepuluh orang. Sekolah itu mulanya terdiri daripada tiga orang
guru dan akhirnya tinggal dua guru sahaja kerana salah seorang guru di sekolah
tersebut iaitu Cikgu Bakri telah mendapat tawaran mengajar di sekolah yang
lebih baik dari SD Muhammadiyah. Ceritakan ini diteruskan dengan menceritakan
pengorbanan dua orang guru demi mendidik pelajar-pelajarnya.
Laskar
Pelangi ialah nama yang diberikan oleh Bu Muslimah kepada pelajar-pelajarnya
kerana mereka sangat suka kepada pelangi. Mereka telah mengharumkan nama
sekolah SD Muhammdaiyah dengan pelbagai cara. Novel Laskar ini turut
menceritakan kehidupan anggota Laskar Pelangi seperti Mahar, Lintang, Ikal dan
kawan-kawannya yang lain. Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan,
tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh sahabat baik ini berakhir dengan
kematian ayah Lintang yang memaksa pelajar cilik itu berhenti sekolah kerana
perlu menjaga adik-adiknya di rumah. Cerita ini juga dilanjutkan dengan
peristiwa 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong
kembali ke kampungnya.
Terdapat
beberapa pemikiran atau mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada
pembaca berkaitan novel Laskar Pelangi ini. Antaranya ialah seperti pemikiran
mengenai kepentingan pendidikan. Idea utama dalam novel Laskar Pelang ini ialah
mengenai pendidikan. Penduduk di kawasan ini tiada pendedahan mengenai
kepentingan pendidikan. Mereka beranggapan bahawa walau belajar setinggi
manapun akhirnya akan tetap menjadi kuli. Hanya terdapat segelintir penduduk
sahaja yang mementingkan pendidikan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Terdapat beberapa sebab ibu bapa sanggup menghantar anak mereka belajar di SD Muhammadiyah.
Antaranya ialah seperti SD Muhammadiyah tidak mengenakan sebarang bayaran untuk
bersekolah di situ. Ibu bapa pelajar-pelajar itu boleh bayar ikut kemahuan
masing-masing. Mereka juga memberikan 15 kilogram beras sebagai ganti kepada
bayaran yuran di sekolah tersebut. Selain itu, mereka juga beranggapan bahawa
anak-anak mereka tidak akan diterima untuk belajar oleh sekolah yang lain. Oleh
itu mereka mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di
SD Muhammadiyah. Hal ini jelas menunjukkan sebahagian penduduk di kampung ini
juga sangat mementingkan pendidikan kepada anank-anak mereka terutamanya
pendidikan agama.
Pemikiran
seterusnya yang terdapat dalam novel Laskar Pelangi ini ialah hubungan
persahabatan yang sangat erat. Hubungan persahabatan ini ditunjukkan oleh
anggota Laskar Pelangi ini. Mereka akan mengharungi pelbagai susah payah
bersama-sama kemana jua mereka pergi. Mereka juga akan membantu antara satu
sama lain sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami masalah. Contohnya,
di dalam kelas Lintang sering membantu kawan-kawannya sekiranya mereka
mengalami masalah dalam matapelajaran yang dipelajari. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa pengarang ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa hubungan
persahabatan sangat penting. Sekiranya kita mengalami kesusahan, akan ada
kawan-kawan yang akan menyokong dan membantu kita di belakang.
Selain
itu, dalam novel ini pengarang juga menyampaikan mesej mengenai pengorbanan dan
kegigihan guru untuk mengajar pelajar-pelajarnya. Pengarang novel ini turut
menceritakan mengenai pengorbanan dan kegigihan dua orang guru yang mengajar di
SD Muhammadiyah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk keperluan pelajar
mereka. Contohnya, Pak Harfan sanggup membaiki dan membersihkan SD Muhammadiyah
seorang diri agar pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam keadaan yang selamat
dan selesa. Beliau tidak mahu pelajar-pelajarnya belajar dalam kelas yang tidak
bersih. Selain itu Bu Muslimah juga mempunyai semangat yang tinggi untuk
mengajar pelajar-pelajarnya. Beliau sanggup menolak tawaran untuk mengajar di
sekolah yang lebih baik dari SD Muhammadiyah demi mengajar sepuluh orang
pelajarnya di SD Muhammadiyah tersebut. Beliau tidak pernah berputus asa dalam
mengajar pelajar-pelalajrnya walaupun SD Muhammadiyah kekurangan peralatan
mengajar. Semangat daripada pelajar-pelajarnya itulah yang membuatkan beliau
untuk terus mengajar di sekolah tersebut walaupun terdapat pelbagai masalah
yang berlaku. Beliau yakin bahawa pelajar-pelajarnya boleh berjaya seperti pelajar-pelajar
yang belajar di sekolah yang lain.
Seterusnya
pengarang novel Laskar Pelangi ini juga turut menyelitkan pemikiran mengenai
kesungguhan pelajar untuk belajar. Novel Laskar Pelangi ini turt menceritakan
bahawa pelajar-pelajar di sekolah SD Muhammadiyah ini mempunyai semangat yang
tinggi untuk berjaya. Contohnya Lintang yang tinggal di Tanjong Kelumpang iaitu
kampung yang jauh di pinggir laut sanggup datang belajar di SD Muhammadiyah.
Lintang sanggup berbasikal ke SD Muhammdiyah demi mencapai cita-citanya untuk
menjadi seorang yang berjaya di kemudian hari. Lintang merupakan seorang
pelajar yang paling bijak di SD Muhammadiyah. Beliau juga tidak pernah kedekut
untuk berkongsi ilmu yang diperolehi dengan kawan-kawannya yang lain. Beliau
juga sanggup membantu kawan-kawannya ketika mereka mengalami masalah dalam
pelajaran. Namun, Lintang terpaksa berhenti belajar selepas kematian ayahnya
kerana ingin menjaga adik-adiknya di rumah. Ketika berada dirumah juga beliau
tidak pernah berhenti untuk belajar bahkan beliau banyak membaca bahan-bahan
bacaan yang diperolehinya seperti surat khabar untuk mendapatkan maklumat.
Berdasarkan
novel Laskar Pelangi ini, banyak pemikiran yang disampaikan oleh pengarang
kepada pembaca. Segala cerita yang disampaikan ini adalah berkaitan dengan
kisah benar kehidupan pengarang itu sendiri.
3.0 Estetika dan Kepengarangan dalam Laskar Pelangi
3.1 Pendahuluan
Estetika merupakan garapan keindahan
yang diselitkan oleh seseorang pengarang dalam sesebuah karya yang
dihasilkan.Ia merupakan keindahan daripada pelbagai sisian yang bersifat
subjektif. Hal ini demikian kerana, sesebuah nilai estetika yang dilihat dan
diamati oleh seseorang pembaca itu mungkin berbeza dengan pembaca lain. Dalam
garapan magis yang dihasilkan oleh Andrea Hirata dalam novel Laskar Pelangi
ini. Beliau secara tidak langsung telah mengguna pakai beberapa elemen dari
sudut pandangan bahasa dan sentuhan lain
yang telah mengekspressikan keindahan estetik kepada pengkaji.
3.2 Nilai Estetika dalam Laskar Pelangi
3.2.1 Gaya Bahasa Figuratif
Penelitian terhadap keindahan yang
terdapat dalam Laskar Pelangi ini telah menemukan sisian keindahan dari sudut
pandangan gaya bahasa yang disusun oleh Andrea Hirata. Gaya bahasa ini disusun
secara selari dengan kesejajaran keindahan bagi memperkemas pemikiran serta
pengamatan pembaca terhadap apa yang sedang dizahirkan oleh penulis. Dalam
aspek ini, Andrea Hirata bijak meneggunakan gaya bahasa dalam keberlangsungan
plot dan cerita. Ia boleh dilihat menerusi penggunaan gaya bahasa figurative
seperti metafora, hiperbola, sains dan sebagainya.Bahasa figurative merupakan
sebuah pemerilahalan terhadap sesuatu perkara dengan cara yang berbeza yakni
maksud yang ingin diketengahkan disampaikan dengan cara yang berbeza.
Metafora
Metafora merupakan sebuah
gaya bahasa yang memerihalkan perbandingan atau analogi berkenaan sesuatu
perkara dengan perkara yang lain secara tidak langsung. Metafora tidak mengguna
pakai perkata perumpamaan seperti bak,bagai bagaikan dan sebagainya dalam menyampaikan
perkataan tersebut. Dalam novel Andrea Hirata beliau mengeluarkan metafora
ciptaanya sendiri yang menunjukkan garapan keindahan estetik itu dipunyainya.
Misalnya:
Ibu muslimah yang
beberapa mini lalu sembab, gelisah dan coreng-moreng kini menjelama menjadi
sekuntum Crinum giganteum. Sebab tiba-tiba ia mekar sumringah dan posturnya
yang jangkung persis tangkai bunga itu. Kerudungnya juga berwarna bunga crinum
demikian pula bau bajunya, persis crinum yang mirip bau vanili. Sekarang dengan
ceria beliau mengatur tempat duduk kami.
Sumbangan mereka
laksana manfaat yang berikan pohon filicium yang menaungi atap kelas kami.
Pohon ini meneduni kami dan dialah saksi seluruh drama ini. Seperti guru-guru
kami, filicium memberikan napas kehidupan bagi ribuan organisma dan menjadi
tonggak penting mata rantai ekosistem
(Laskar Pelangi: 33)
Dalam
petikan di atas metafora itu dipamerkan menerusi pohon filicum. Ia dirasakan mempunyai elemen estetika kerana
garapan halus belum pernah diguna pakai oleh penulis lain sebelum ini. Andrea
Hirata dikatakan membentuk metaforis tersebut menerusi penerangan berkenaan
guru yang menjadi peneduh dan diselarikan dengan keindahan pohon filicium yang
juga mempunya sisian sifat yang sama.
Personifikasi
Personifikasi merupakan
sebuah cakupa gaya bahasa yang bernaung dibawah bahasa figuratif dan membawa pengertian
sebagai gaya bahasa kiasan yang memberi perlambangan perorangan terhadap
sesuatu barangan yang tidak bernyawa. Dalam novel garapan Andrea Hirata ini,
gaya bahasa jenis personifikasi ini banyak diselinap masuk bagi menghidupkan
konotasi makna yang ingin diketengahkan. Ia boleh dilihat menerusi petika ayat
berikut:-
Wajahnya
memang seperti baru keluar dari bengkel ketok magis alia menyerupai
Frankenstein (Laskar Pelangi : 61)
Itu adalah
perpustakaan berjalan (Laskar Pelangi : 84)
Berdasarkan
contoh di atas, Andrea Hirata dilihat menyelitkan unsur personifikasi apabila
perpustakaan yang bersifat benda diberikan sifat manusia iaitu ‘berjalan’. Personifikasi yang diberikan
suntikan keindahan oleh penulis ini secara tidak langsung membawa pengamatan
pembaca terarah kepada pemikiran yang lebih kreatif dan menghidupkan sesebuah
lukisan perkataan dari wajah yang pelbagai.
Hiperbola
Hiperbola pula merupakan
sebuah gaya bahasa yang mempamerkan
unsur berlebih-lebihan mengenai sesuatu perkara. Keperihalan berlebih-lebihan
itu lazimnya digunakan untuk melahirkan impak atau kesan yang mendalam terhadap
perkara, emosi, atau sesuatu yang cuba diketengahkan. Unsur hiperbola yang
diguna pakai oleh Andrea Hirata mempunyai sisian keindahan tersendiri.
• Lintang, bulan purnama di atas
dermaha Olivir (Laskar Pelangi: 113)
• Rangka badanku seakan runtuh dan
setiap persendian ditubuhku seakan 1 terlepas (Laskar Pelangi: 453)
• Rinduku terlanjut berdarah-darah (Laskar
Pelangi:265 )
Berdasarkan contoh-contoh petikan dari novel Laskar
Pelangi yang berikut, ‘Rinduku terlanjut berdarah-darah’ misalnya mempamerkan
unsure berlebih-lebihan bagi member impak dan emosi terhadap pembaca berkenaan
rasa rindu yang terlampau yang ingin diketengahkan oleh penulis. Sduut
pandangan ini secara langsung membuatkan emosi pembaca dijentik menerusi
pengamatan terhadap keindahan penyusunan dan pemilihan kata yang magis.
Bahasa Berilmu
Garapan Andrea Hirata
dalam menggunakan pakai bahasa figurative seperti metafora, personifikasi dan
hiperbola menunjukkan sisian keindahan yang jayanya. Namun begitu, sudut
keindahan gaya bahasa yang diselidiki dan dijumpai dalam novel Laskar Pelangi
bukan terbatas terhadap keindahan bunga-bunga bahasa semata bahkan dari sudut
pemilihan bahasa yang berintelektual yang tinggi. Ia membawa pemikiran pembaca
melangkaui aspek madah-madah bahasa dengan selingan ilmu-ilmu tinggi yang masih
bijak disejajarkan sehingga menghasilkan kronologi pemikiran yang unik dan
indah. Ia dapat dilihat menerusi petikan di bawah:-
Gapailah gumpalan awan
dalam lapisan toposfer lalu naiklah terus menuju stratosfer, menembus lapisan
ozon, ionesfer, dan bulan-bulan di planet asing. Meluncurlah terus sampai
ketinggian di mana gravitasi bumi sudah tidak peduli. Arungi samudera bintang
gemintang dalam suhu dingin yang mampu meledakkan benda padat. Lintasi hujan
meteor sampai tiba di eksofer-lapisan paling luar atmosfer dengan bentangan
selebar 1.200 kilometer, dan teruslah melaju menalukkan langit ke tujuh (Laskar Pelangi:
103)
Unsur bahasa yang diguna pakai oleh Andrea hirata
diatas merupakan bahasa sains yang dicakupkan dalan linkungan bahasa berintelektual
yang tinggi. Kesinambungan super ordinat bahasa yang sejajar dan teratur
tersebut merupakan gaya bahasa yang indah dan wajar diberi pujian. Hal ini
demikian kerana, tidak semua pengarang berupaya menggarap bahasa terjalin penuh
intelektual tetapi masih mempunyai kesejajaran keindahan. Pemilihan kata-kata
yang disusun oleh Andrea Hirata tidak membosankan dengan jolokan-jolokan fakta
aras tinggi semata tetapi ia disejajarkan dengan penuh kronologi membuatkan
pembaca mencari tahu apakah makna di sebalik setiap patah perkataan tersebut.
Aspek tersebut mendukung aspek estetika bagi pembaca kerana ia membuatkan
pengamatan pembaca itu diwarnai dengan intelektual yang disusun rapi dengan
jalinan bahasa yang segar.
3.2.2 Keindahan Cinta Pertama
Andrea
Hirata bijak dalam menyelitkan unsur piskologi dan batiniah dalam menyuntik
pengamatan pembaca lebih terarah kepada aspek perasaan. Sudut pandangan
tersebut diperlihatkan oleh Andrea Hirata apabila beliau melahirkan cerita
sisian perihal Ekal yang jatuh cinta kepada A-Ling. Keperihalan keindahan cinta
pertama yang cuba diselitkan oleh Andrea Hirata ini dikatakan mempunyai unsur
estetika kerana garapan perjalanan cerita Ekal yang parah jatuh cinta terhadap
A-Ling itu cuba mnonjolkan bagaiman polosnya perasaan anak muda yang mahu
meningkat dewasa dan masih mentah dalam memahami perasaan. Kepolosan rasa cinta
yang dipamerkan itu menunjukkan bahawa keperihalan estetik dari pandangan
pembaca berkenaan cerita A-Ling dan Ekal ini memberi warna bahawa cinta yang
dipunya oleh anak-anak muda itu masih suci berbanding cinta insan yang meningkat
dewasa.
3.3.3 Ketelusan dalam Mendidik
Setiap
guru merupakan pendidik bangsa namun tidak semua guru berupaya mendidik anak
bangsa menjadi bangsa yang berjiwa. Bahkan tidak semua guru berupaya mendidik
dengan penuh keikhlasan yang memacu pengajaran batiniah bangsa. Namun begitu,
dalam novel Laskar Pelangi ini, Andrea Hirata memaparkan keindahan dalam aspek ketelusan
mendidik bagi seseorang pendidik yakni didukung oleh Pak Harfan dan Bu Mus.
Dalam cerita ini, nilai kesederhanaan yang dipunyai oleh dua orang pendidik ini
yang merelakan diri mereka diupah cuma 15kilogram beras sebulan merupakan
sebuah pendedahan estetika yang salah tulus. Sudut pandangan tersebut
memaparkan keindahan jiwa seorang pendidik yang jujur menginginkan kejayaan
bagi setiap anak bangsa dan bukan sekadar mengejar materialistik dunia yang
akan habis pada suatu masa. Bagi Bu Mus dan Pak Harfan kejayaan 10 orang laskar
pelangi ini merupakan gaji yang diidami oleh mereka dan itulah merupakan sebuah
analogi pemikiran yang wajar diterap oleh setiap pelosok jiwa insan yang ingin
menjadi pendidik supaya tahap keindahan keikhlasan dalam setiap didikan yang
mereka tabur terarah kepada ketulusan ukhrawi dan bukan sekadar duniawi.
3.4 Kepengarangan dalam Laskar Pelangi
Dunia kesusasteraan merupakan sebuah dunia yang unggul dengan penonjolan
bahasa yang boleh dikatakan bersifat universal. Bait-bait bahasa yang indah
digunakan dalam penghasilan karya hingga mampu membawa pembaca masuk ke dalam
dunia penulisan. Kejayaan penulis
terhadap sesuatu karya adalah bertitik tolak dengan
kepengarangannya. Kepengarangan
bermaksud keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam
berkarya. Kepengarangan ini merupakan aspek penting dan berjalan seiring dengan
estetika yang mampu mempengaruhi kedudukan sesebuah teks dan juga seseorang
sasterawan itu sendiri.
Selalunya, kepengarangan
selalu dikaitkan dengan keperibadian yang ingin dicapai oleh pengarang.
Keperibadian ini merupakan kemuncak kejayaan bagi seseorang pengarang. Jadi
untuk mencapai kemuncak kejayaan, seseorang pengarang perlulah berusaha membina
teks yang unggul serta penuh dengan nilai estetika dalam mencipta sifat
keperibadian masing-masing. Walau bagaimanapun,
dalam usaha mencapai kemuncak kejayaan, tahap-tahap penulisan perlulah dikuasai
terlebih dahulu oleh seorang pengarang. Umpamanya, sebagai seorang pengarang
yang baik, mereka perlulah mempunya pengalaman artistik dan berharga yang mampu
mempengaruhi daya kreativitinya.
Oleh
hal yang demikian, berdasarkan konsep kepengarangan, analisis berkaitan dengan
kepengarangan Andera Hitana dalam novel laskar pelangi dilakukan bagi menilai
serta mengenal pasti gaya kepengarangan serta teknik-teknik yang digunapakai
dalam karya terunggulnya iaitu novel laskar pelangi.
3.3.1 Gaya Kepengarangan
Penulisan Bercorakkan Pendekatan Pengalaman
Pendekatan
pengalaman merupakan salah satu kaedah pendekatan ekletik yang boleh digunakan
dalam penulisan sama ada yang bercorak ilmiah, semi ilmiah atau penulisan
popular. Pendekatan pengalaman merupakan pendekatan yang menitikberatkan
pengalaman seseorang sebagai tapak ke arah menghasilkan suatu penulisan yang
bermutu. Pengalaman dianggap penting kerana ia membolehkan seseorang penulis
mengaitkan peristiwa-peristiwa yang dialaminya sendiri dengan fenomena yang
berlaku dalam masyarakat.
Contoh utama yang paling dekat dalam
novel laskar pelangi hasil garapan Andrea Hinata ialah perkataan aku. Perkataan
aku digunakan bagi menunjukkan kepada pembaca bahawa watak ikal yang terdapat
dalam novel laskar pelangi itu merupakan cerminan diri Andrea Hinata pada masa
kecil.
Pagi itu waktu aku masih kecil, aku duduk di bangku
panjang di depan sebuah kelas. Sebatang pohon tua yang riang meneduhiku. Ayahku
duduk disampingku, memeluk pundakku dengan kedua lengannya dan tersenyum
menggangguk-angguk pada setiap orang tua dan anak-anaknya yang duduk
berderet-deret di bangku panjang lain di depan kami.
(Laskar Pelangi:1)
Andrea
menggarap novel ini berakarkan pengalaman yang dialaminya semasa kecil bersama
9 lagi sahabat laskar pelanginya. Onak duri yang ditempuh oleh pengarang dan
rakan-rakannya menuntut ilmu semasa kecil telah membawa pembaca terpesona
dengan garapan yang dihasilkan disamping coretan-coretan bahasa indah yang
diselitkan. Oleh sebab itulah, hasil garapannya boleh dikatakan sebagai karya
yang terunggul dan bermutu kerana pengalaman yang dialami telah menjadikan
beliau sebagai seorang penulis yang lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu
yang ditonjolkan hingga mampu menyusun ayat yang begitu tersusun dan penuh
dengan nilai estetika hingga menjadikan novel ini menjadi novel yang terulung
di Indonesia.
Gaya Penulisannya Memaparkan Unsur-Unsur Islam
Seperti
penulis-penulis lain, Andrea Hitana juga tidak lari dari corak penulisan yang
memaparkan unsur-unsur keislaman. Melalui karya ini, Andre Hinata banyak
menyelitkan unsur-unsur islam dalam penulisannya. Hal ini dapat dilihat melalui
kisah-kisah nabi yang diangkat dalam penulisannya. Contohnya kisah teladan para
nabi dapat dilihat melalui petikan dibawah.
Karena
penampilan Pak Harfan agak seperti beruang madu maka ketika pertama kali
melihatnya kami merasa takut. Anak kecil yang tidak kuat mental bisa-bisa
langsung terkena sawan. Namun, ketika beliau angkat bicara, tak dinyana,
meluncurlah mutiara-mutiara nan puitis sebagai prolog penerimaan selamat datang
penuh atmosfer sukacita di sekolahnya yang sederhana. Kemudian dalam waktu yang
amat singkat beliau telah merebut hati kami. Bapak yang jahitan kerah kemejanya
telah lepas itu bercerita tentang perahu Nabi Nuh serta pasangan-pasangan
binatang yang selamat dari banjir bendang. “mereka yang ingkar telah diingatkan
bahawa air bah akan datang....” demikian ceritanya dengan wajah penuh
penghayatan
(Laskar
Pelangi :14)
Petikan diatas menunjukkan kisah perahu
nabi Nuh A.s dan binatang-binatang yang terselamat dari bah yang diturunkan
oleh Allah sebagai balasan kepada umatnya yang ingkar akan perintahnya. Di sini
dapat dilihat, Andrea Hinata menerapkan nilai keislaman dalam penulisannya
sebagai salah satu cara memberi kesedaran dan pedoman kepada pembaca berkaitan
dengan amanat yang perlu diikuti oleh umat islam di muka bumi ini. apa yang
boleh saya katakan disini, penulisan Andrea Hinata bukan sahaja menonjolkan
kehidupan realiti di belitong bahkan membawa
pembaca menyelusuri nilai keangungan ciptaan tuhan yang mutlak.
Kepengarangan Berdasarkan Kehidupan Realiti dan Bukannya Dongengan Semata
Unsur-
unsur yang dimasukkan dalam karya penulisan beliau adalah berpaksikan kehidupan
realiti komuniti belitong pada masa dahulu dan bukannya imaginasi semata. Hal
ini dapat dilihat melalui olahan karya yang dihasilkan. Setiap fasa-fasa
penceritaan dihuraikan dengan begitu terperinci hingga mencernakan minda
pembaca berkenaan dengan kehidupan komuniti belitong pada masa dahulu. Apa yang
boleh saya katakan disini, Andrea hitana sendiri berasal daripada Belitong,
jadi ia telah memberi inspirasi dan kelebihan kepada beliau untuk membuat
retorik penceritaan dengan serba terperinci.
Pulau Belitong yang makmur seperti mengasingkan
diri dari tanah Sumatra yang membujur dan di sana mengalir kebudayaan
Melayu yang tertua. Pada abad ke-19, ketika korporasi secara sistematik
mengeksploitasi timah, kebudayaan bersahaja itu mulai hidup dalam
karakteristik sosiologi tertentu yang atribut-atributnya mencerminkan perbedaan
sangat mencolok seolah berdasarkan status berkasta-kasta. Kasta majemuk itu
tersusun rapi mulai dari para petinggi PN Timah yang disebut “orang starf” atau
urang setap dalam dialek lokal sampai pada para tukang pikul pipa di isntalasi
penambangan warga suku sawang menjadi buruh-buruh yuka pengjahit karung timah.
Salah satu artibut diskirriminasi itu adalah sekolah-sekolah PN
(Laskar Pelangi: 26)
Penghujung Cerita, Kepengarangan Menimbulkan Kekeliruan kepada Pembaca
Seperti
yang kita sedia maklum pada awal penceritaan watak “aku” itu merupakan watak
kepada “ikal atau cerminan watak pengarang itu sendiri. Namun, timbul
kekeliruan dalam diri pembaca di bab terakhir iaitu bab 34 di mana watak aku
seakan membawa watak lain dan bukannya watak ikal. Hal ini secara tidak
langsung menimbulkan kekeliruan kepada pembaca yang menjadi pembaca setia dari
bab 1 lagi. Bukan itu sahaja, kekeliruan bab ini secara tidak langsung
menunjukkan kelemahan pengarang yang seolah-olah hilang arah dari landasan
penceritaan apabila dalam sekelip mata menukar watak “aku” pada pengakhiran
cerita
Kekeliruan ini dapat dilihat melalui contoh petikan
dibawah.
Aku
terkenang lima belas tahun yang lalu. Setelah tamat SMA, aku, ikal, Trapani
dan kucai memutuskan untuk merantau mengadu nasib ke jawa. Hari itu kami
berjanji berangkat dengan kapal barang
dari Dermaga Ohivir. Tapi sampai sore Trapani tak datang. Kerana kapal
barang hanya berangkat sebulan sekali maka kami berangkat tanpa dia
(Laskar Pelangi: 340)
4.0 Nilai Budaya dan Pegangan Hidup dalam
Laskar Pelangi
Perkataan nilai merujuk
kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2010:1081). Menurut Md Rashid Md Idris et al. (2014:141), nilai juga
diistilahkan sebagai ‘al qimah’ dalam bahasa Arab yang merujuk kepada harga
yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Ketinggian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri memberi
pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga kekal pada hari
ini seperti buku Tuhfat al Nafis.
Md Rashid Md Idris et al. (2014:125), menyatakan bahawa
konsep budaya adalah elemen yang membezakan manusia daripada hidupan lain. Dalam
disiplin tersebut, tdak wujud perbezaan makna di antara perkataan ‘budaya’
dengan ‘kebudayaan’. Buddayah
merupakan bahasa Sanskrit yang membawa makna budaya yang bererti budi pekerti
atau akal. Secara khususnya, hal tersebut berkaitan dengan budi dan akal yang
dimiliki oleh manusia.
Budaya
juga disebut sebagai culture dalam
bahasa Inggeris, yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu colore
yang membawa erti menanam atau mengerjakan (Md Rashid Md Idris et al, 2014:126). Hal ini demikian
kerana budaya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat bahkan ia
merupakan seseuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang
seterusnya ataupun ia dikenali juga sebagai organik lampau. Selain itu, budaya
juga merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan
serta struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri khas bagi sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya, konsep nilai budaya
sebagai keseluruhan nilai tentang cara
hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak
rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu
kelompok masyarakat. Nilai budaya mencerminkan kesantunan masyarakat dalam
menjalani kehidupan seharian sama ada pemerintah mahupun rakyat jelata.
4.1 Budaya Islam
4.1.1 Akidah Islam
Akidah Islam amat penting
dalam masyarakat yang berpegang kepada agama Islam kerana akidah merupakan
tiang bagi segala yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Islam. Antara
peristiwa yang menunjukkan akidah Islam dalam budaya masyarakat seperti yang
berikut:
‘…aku tahu bahwa tulisan itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya:
menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar.’
(Laskar Pelangi:
22)
Dalam
petikan di atas menunjukkan bahawa Islam mengajar akan penganut agama Islam
untuk melakukan perkara yang baik dan mencegah daripada perkara yang mungkar.
Nilai tersebut menjelaskan kita sebagai masyarakat perlulah sentiasa berpandu
kepada akidah Islam kerana agama Islam tidak mengajar ke arah keburukan
sebaliknya menuju kebaikan dan bermanfaat.
Peristiwa
diatas menunjukkan Iqal teringat akan zaman persekolahannya di SD
Muhammadiyyah. Dia menyatakan bahawa papan tanda di hadapan sekolah lamanya
membawa makna ‘menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar’ setelah
dia sudah boleh membaca bahasa Arab tersebut. Petikan ini menjelaskan penerapan
akidah Islam sudah mula diajarkan kepada pelajar sekolah ketika di bangku
sekolah lagi. Selain itu, antara rukun Islam yang kedua juga turut diterapkan
dalam pembelajaran di SD Muhammadiyyah, iaitu solat lima waktu di awal masanya
seperti di bawah:
‘…namun, kesombongan membutakan mata dan menulikan
telinga mereka, hingga mereka musnah dilamun ombak…’
(Laskar Pelangi :24)
4.1.2 Taat kepada agama
Nilai kedua yang banyak
diterapkan dalam masyarakat Islam pada ketika itu di dalam ‘Laskar Pelangi’
ialah taat kepada agama Islam. Banyak peristiwa yang menggambarkan ketaatan
kepada agama Islam seperti petikan dibawah:
‘…namun, kesombongan membutakan mata dan menulikan
telinga mereka, hingga mereka musnah dilamun ombak…’
(Laskar Pelangi:24)
Petikan di atas menunjukkan Pak Harfan menasihati kepada
sepuluh orang pelajarnya agar taat kepada agama kerana kesombongan akan
menyebabkan manusia rugi dan sesat daripada jalan yang benar jika agama Islam
tidak diamalkan dengan baik.
‘…pelajaran moral pertama bagiku: jika tak rajin
sahalat maka pandai-pandailah berenang.’
(Laskar Pelangi:24)
Petikan di atas turut menjelaskan bahawa kita perlu taat
dengan suruhan agama Allah iaitu mendirikan solat lima waktu dengan sempurna.
Ini dinyatakan oleh watak Iqal bahawa pelajaran moralnya yang pertama ialah
jika dia melalaikan untuk mendirikan solat dengan sempurna, tidak mustahil dia
tergolong di dalam ahli neraka yang berenang-renang dalam lautan api di akhirat
kelak kerana meninggalkan Rukun Islam yang kedua.
‘…serbuan Islam yang tak terbendung ke seantero
kampung membuat orang menjauhi mereka karena mereka menolak meninggalkan
penyembahan buaya sebagai Tuhan.’
(Laskar Pelangi:70)
Petikan di atas turut
menjelaskan bahawa sejak kedatangan Islam ke daerah Belitong, masyarakat di
kawasan tersebut telah menjauhi perkara-perkara khurafat seperti penyemabahan
buaya yang dahulunya dianggap sebagai tuhan bagi masyarakat pada ketika itu.
Masyarakat sudah mengenali Islam dan mengamalkan Islam taat akan tuntutan Islam
yang boleh meruntuhkan akidah mereka sebagai penganut agama Islam.
4.2 Budaya Menuntut Ilmu
‘Laskar Pelangi’
memaparkan masyarakat yang mengutamakan pendidikan walaupun hidup dalam keadaan
miskin. Budaya menuntut ilmu amatlah ditekankan oleh ibubapa meskipun kekangan
hidup sangat tinggi kerana tidak ingin anak-anak mereka senasib dengan mereka
sebagai kuli di perusahaan timah dan peniaga kecil di pasar-pasar. Banyak nilai
budaya yang boleh dilihat berdasarkan budaya masyarakat yang mencintai ilmu
seperti contoh-contoh petikan yang berikut;
4.2.1 Hormat pada Guru
Nilai budaya pertama
ialah menghormati guru semasa menuntut ilmu. Hal ini dapat dilihat semasa Pak
Harfan mengajar pelajarnya tentang kisah-kisah Nabi. Pelajar-pelajar suka
bertanya jika tidak memahami isi pengajarannya, mereka tekun mendengar
pengajaran daripadanya bahkan mereka suka mengangkat tangan untuk menjawab
persoalan Pak Harfan meskipun tidak jelas dengan pemahaman mereka. Petikan di
bawah menunjukkan sikap pelajar yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang
tidak lupa akan menghormati guru mereka.
‘…setiap kali Pak Harfan ingin menguji apa yang telah
diceritakannya kami berebutan mengangkat tangan, bahkan kami mengacung meskipun
beliau tak bertanya, kami mengacung walaupun kami tak pasti akan jawaban…’
(Laskar Pelangi: 27)
4.2.2 Bersemangat
Nilai kedua ialah
bersemangat. Dalam menuntut ilmu, para pelajar di SD Muhammadiyyah begitu
bersemangat meskipun mempunyai sekolah yang paling tua di Belitong yang tidak
memiliki kelengkapan seperti sekolah di bandar dan peluang untuk meneruskan
sekolah yang amat tipis ekoran kekangan wang seperti dalam petikan di bawah;
‘…pedih pada orang tua kami yang tak mampu, pedih
menyaksikan detik-detik terakhir sekolah tua yang tutup justru pada hari
pertama kami ingin sekolah, dan pedih pada niat kuat kami untuk belajar tapi
tinggal selangkah lagi harus terhenti hanya karena kekurangan satu murid…’ (Laskar
Pelangi:13)
Petikan tersebut menunjukkan kepedihan dan kesungguhan
ibubapa yang daif dan miskin untuk menghantar anak-anak ke sekolah meskipun
tidak mampu bahkan paling memberi kesan kepada Iqal ialah hari pertama
persekolahan mereka mungkin adalah hari terakhir SD Muhammadiyyah akan dibuka
sebagai sekolah agama tertua yang satu-satunya terdapat di Belitong. Petikan
tersebut menjelaskan keperitan hidup mereka, namun mereka tetap bersemangat dan
berharap masih ada peluang untuk mereka menimba ilmu di sekolah tersebut. Nilai
budaya bersemangat amat penting supaya niat untuk belajar akan jelas dan betul. Petikan di bawah juga
menunjukkan betapa bersemangatnya watak Sahara dalam novel Laskar Pelangi
semasa hari pertama persekolahan. Sahara bersedia dengan segala kelengkapan
sekolah untuk memulakan hari barunya di sekolah dengan semangat.
‘…Sahara menangis terisak-isak mendekap ibunya karena ia benar-benar
ingin sekolah di SD Muhammadiyah. Ia memakai sepatu, kaus kaki, jilbab dan baju
serta telah punya buku-buku, botol air munim dan tas punggung yang semuanya
baru.’ (Laskar
Pelangi:14)
4.2.3 Bekerja Bersungguh-sungguh
Nilai
budaya bekerja bersungguh-sungguh dapat dilihat menerusi watak Pak Harfan dan
Bu Muslimah yang bertungkus-lumus mengajari pelajar mereka tanpa sebarang
ganjaran. Selain bertindak sebagai guru, mereka juga menjadi sahabat dan
kaunselor untuk pelajar mereka agar tidak leka dalam menuntut ilmu. Petikan di
bawah menunjukkan kesungguhan Pak Harfan yang bekerja di SD Muhammadiyyah
sebagai pengetua atau dikenali ‘kepala sekolah’ tanpa sebarang gaji demi
memastikan agama Islam terus tersebar pada ketika itu.
‘…Pak
Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan
apa pun demi syiar Islam…’
(Laskar Pelangi: 24)
Selain itu, petikan di bawah menunjukkan Pak Harfan bertindak
sebagai guru, penasihat dan sahabat kepada para pelajarnya yang sukar memahami
setiap isi pengajaran yang disampaikan, namun begitu Pak Harfan tetap tersenyum
dan bahagia melayani karenah mereka kerana dia berpegang kepada prinsip sebagai
manusia ‘kita perlu memberi sebanyak-banyaknya bukannya meminta
sebanyak-banyaknya’ dan ‘belajar dan mengajar itu adalah dari hati bukannya
kerana wang’. Pak Harfan tidak jemu melayani karenah dan menjawab persoalan
daripada mereka.
‘…Pak Harfan tampak amat bahgia menghadapi murid,
tipikal ‘guru’ yang sesungguhnya seperti asalnya India iaitu orang yang tak
hanya mentranfer sebuah pelajaran tapi juga yang secara pribadi menjadi sahabat
dan pembimbing spiritual bagi muridnya…’
(Laskar Pelangi,:25)
4.2.4 Nasihat-menasihati
Nilai
budaya yang seterusnya ialah saling menasihati. Petikan di bawah menunjukkan Bu
Muslimah menasihati Kucai yang tidak mahu menjadi ketua kelas kepada
rakan-rakannya mempunyai perangai yang sukar dikawal setelah terpilih antara
kalangan mereka melalui undian kertas secara demokrasi. Bu Mus bijak menasihati
pelajarnya dengan berhikmah dan menuntut pelajarnya untuk amanah dengan
tanggungjawab yang diberikan seperti petikan di bawah;
‘…memegang
amanah sebagai pemimpin memang berat tapi jangan khawatir orang yang akan
mendoakan. Tidakkah anakanda sering mendengar di berbagai upacara petugas
sering mengucap doa: Ya Allah, lindungilah para pemimpin kami? Jarang sekali
kita mendengar doa: Ya Allah lindungilah anak-anak buah kami…’
(Laskar Pelangi,2005: 58)
4.2.5 Bekerjasama
Nilai
budaya yang kelima ialah bekerjasama. Nilai bekerjasama dalam menuntut ilmu
diterapkan dalam Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata menerusi watak Bu Muslimah
dan Lintang seperti petikan dibawah. Bu Mus tetap meneruskan pengajaran
walaupun dilakukan secara berulang kali meskipun para pelajarnya kurang faham
bahkan Bu Mus menghargai dan menitipkan semangat kepada mereka untuk terus
belajar. Para pelajar juga tetap tekun terhadap setiap pengjaran Bu Mus
sehingga mereka benar-benar jelas.
‘…jika kami kesulitan, ia mengajari kami dengan sabar
dan selalu membesarkan hati kami …’
(Laskar Pelangi,2005: 83)
Selain
itu, petikan di bawah juga menunjukkan watak Lintang, iaitu pelajar yang paling
pandai dan luar biasa di antara pelajar di SD Muhammadiyyah. Lintang
bekerjasama dengan rakannya dan sentiasa membantu rakan-rakan terutamanya
sahabat baiknya, Iqal yang mengalami masalah dalam pelajaran di sekolah dengan
menunjukkan teknik dan rumus yang berkesan.
‘…Lintang membetulkan jawabanku dengan semangat
konstruktif penuh rasa akrab persahabatan…’
(Laskar Pelangi,2005:92)
Selain
itu, Lintang juga akan bertindak sebagai guru kepada rakan-rakannya apabila Bu
Mus dan Pak Harfan tiada di sekolah. Lintang akan mengajari mereka semua subjek
dengan baik dan bersungguh-sungguh sementara rakan yang lain akan tekun
mendengar dan bertanya soalan jika kurang jelas. Budaya menuntut ilmu seperti
itu sentiasa diamalkan di SD Muhammadiyyah seperti petikan di bawah;
‘Jika tak ada guru, Lintang tampil ke depan,
menggambar rangkaian teknik…’
(Laskar Pelangi,2005:106)
4.3 Budaya bersahabat
Budaya
bersahabat dalam Laskar Pelangi menerapkan nilai budaya setiakawan. Setiakawan
penting kerana menjaga hubungan persahabatan dan silaturrahim antara manusia
amatlah dituntut oleh agama. Petikan dibawah menunjukkan salah satu bukti nilai
budaya setiakawan dalam laskar pelangi;
‘…di batang pohonnya kami menuliskan janji setia
persahabatan dan mengukir nama-nama kecil kami dengan pisau lipat… tertawa,
menangis, bernyanyi, belajar dan bertengkar.’
(Laskar Pelangi,2005:51)
Petikan
di atas menjelaskan sepuluh orang ‘Laskar Pelangi’ mempunyai kasih sayang yang
utuh sebagai sahabat sehingga sanggup berkongsi segala kegembiraan dan kedukaan
bersama-sama meskipun masing-masing hidup miskin. Bagi mereka kemiskinan tidak
menjamin kebahagiaan selain setia antara sahabat dalam perhubungan mereka.
4.4 Pandangan Hidup dalam Laskar
Pelangi
Pandangan hidup ini
merupakan pegangan hidup masyarakat yang digambarkan di dalam sesbuah karya
tersebut. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) menyatakan bahawa, pandangan
hidup mestilah pandangan yang bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan
akhirat. Pada bahagian ini pengkaji akan memerihalkan tentang pandangan atau
pegangan hidup masyarkat yang digambarkan di dalam novel Laskar Pelangi iaitu pandangan dan pegangan hidup terhadap Islam.
Dalam penghuraian ini, pengkaji bersependapat dengan pandangan yang dikeluarkan
oleh Sye Naquib Al-Attas. Hal ini demikian kerana, karya-karya yang dianggap
karya agung di alam Melayu, mestilah mengutamakan Islam di dalam penulisannya.
Novel Laskar
Pelangi merupakan sebuah novel yang dikarang oleh pengarang Indonesia iaitu
Andrea Hirata yang sarat dengan makna realitinya. Novel ini telah diterjemahkan
ke dalam 20 bahasa dan diterbitkan di seluruh negara yang menjadikan sastera
sebagai genre untuk menyampaikan pandangan. Novel ini telah diadaptasi ke dalam
bentuk cerita dan dirakamkan di dalam sebuah filem. Namun begitu, di dalam
penyampaian cerita melalui filem tersebut, beberapa perkara telah diubah oleh
pengarah filem berkenaan untuk mengindahkan dan menyesuaikannya dengan selera
penonton, tetapi jalan ceritanya tidaklah menyeleweng daripada cerita asal di
dalam novelnya.
Setiap karya yang diangkat sebagai karya agung, mestilah
mempunyai pandangan hidup yang tersendiri di dalamnya. Hal ini demikian kerana,
pandangan hidup merupakan aspek yang terkandung dalam ciri-ciri karya agung
Melayu. Dalam novel laskar pelangi, banyak terkandung pandangan hidp tentang
Islam. Pandangan hidup ini telah diterangkan serba sedikit di dalam penerangan
nilai budaya.
4.4.1 Wajib Memberikan Didikan Islam kepada Anak-anak sejak Kecil
Padangan hidup Islam yang
pertama digambarkan di permulaan cerita. Setiap ibu bapa perlulah memberikan
didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi agar tidak terjebak
dengan budaya yang sesat dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan
iblis.Contohnya:
“…Adapun sekolah ini,
SD Muhammadiyah, juga sekolah kampung yang paling miskin di Belitong. ada tiga
alas an mengapa para orangtua mendaftarkan anaknya di sini. Pertama, karena
sekolah Muhammadiyah tidak menetapkan iuran dalam bentuk apa pun, para orangtua
hanya menyumbang sukarela semampu mereka. Kedua, karena firasat anak-anak
mereka dianggap memiliki karanter yang mudah disesatkan iblis sehingga sejak
usia muda harus mendapatkan pendadaran Islam yang tangguh. ketiga, karena
anakya memang tak diterima di sekolah mana pun.”
(Laskar Pelangi: 12)
Pandangan ini bertepatan
dengan hadith Rasulullah ﷺ yang menyuruh ibu bapa memberikan pendidikan agama
kepada anak-anak mereka.
“Ajarlah anak-anak kamu
solat ketika usianya 7 tahun, dan bolehlah kamu memukulnya jika dia mengabaikan
solat ketika usianya 10 tahun.”
(Hadith riwayat Abu Daud dalam Hairunnaja
Najmuddin, 2007)
Para ulama’ menjelaskan
bahawa, hadith tersebut bermaksud Rasulullah menyuruh umat Islam mengajar
anak-anak mereka supaya solat bermula umur 7 tahun. Ajaran yang dimaksudnya di
dalam hadtih tersebut tidaklah menjurus kea rah ajaran solat semata-mata tetapi
semua ajaran yang berkenaan asas-asas Islam perlu diajar bermula umur
berkenaan. Inilah pandangan hidup terhadap Islam yang digambarkan di dalam
novel ini.
4.4.2 Wajib Mengamalkan Syi'ar
Perkara kedua yang
menunjukkan pandangan Islam dalam novel ini ialah, sebagai masyarakat Islam,
kita perlulah mengamalkan syi’ar Islam di dalam hidup kita. Syi’ar Islam yang
dimaksudkan ialah mengerjakan “Amar
ma’ruf nahi mungkar”. Syi’ar ini menjadi pedoman utama di SD Muhammadiyah. Buktinya:
“Lalu persis di bawah
mathari tadi tertera huruf-huruf arab gundul yang nanti setelah kelas kedua,
setelah aku pandai membaca hurfu arab, aku tahu bahawa tulisan itu berbunyi
amar mahruf nahi mungkar, artinya; menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang
mungkar”
(Laskar
Pelangi: 22)
Perkara init telah jelas
menunjukkan pandangan Islam yang terdapatd alam novel laskar pelangi. Pedoman
yang diterapkan di SD MUhammadiyah bertepatan dengan ayat Al-Quran.
“Dan hendaklah di
antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh
(berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah
orang-orang yang beruntung”
(Surah Ali Imran, 3:104)
“Kamu(umat Islam)
adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, supaya menyeru ke arah yang
ma’ruf dan mencegah kemungkaran…”
(Surah Ali Imran, 3:110)
Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa Islam amat menyeru umatnya supaya melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran yang ada. Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada
Islam, kita hendaklah menyeru kea rah kebaikan dan mencegah perkara yang
mungkar. Namun begitu, ramai umat Islam hari ini hanya menyeru kea rah kebaikan
dan tidak pula mencegah perkara-perkara mungkar yang berleluasa di sekeliling
mereka. Hal ini demikian kerana, ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini
tidak berani untuk melakukannya kerana khuatir dicengkam oleh pemerintah yang
zalim. Inilah salah satu ujian yang diberikan oleh Allah untuk menguji keimanan
umat Islam kepada-Nya. Jadi, sebagai umat Islam, kewajipan yang harus
dilaksanakan ialah, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah perkara-perkara yang
mungkar daripada berlaku.
4.4.3 Haram Melakukan Perkara yang Syirik
Selain itu, di dalam
novel ini juga terdapat contoh yang menunjukkan pandangan Islam yang melarang
keras umatnya berlaku syirik kepada Allah. Hal ini digambarkan jelas ketika Bu
Mus memarahi Mahar yang sangat menyukai cerita-cerita karut dan mitos serta
ilmu pendukunan sehingga cita-cita (rancangan) yang dipilih untuk dirinya juga
menyumbang ke arah syirik iaitu menjadi ahli dukun. Buktinya:
“Artinya ananda tidak
punya sebuah rencana yang positif, tak pernah lagi mau membaca buku dan
mengerjakan PR karena menghabiskan waktu untuk kegiatan perdukunan yang
membelakangi ayat-ayat Allah.
Bu Mus mulai terdengar seperti warta berita RRI pukul 7.
Lintasan berita: “Nilai-nilai ulanganmu merosot tajam. kita akan segera
menghadapi ulangan caturwulan tiga ini. Jika nanti ujian antaramu masih seperti
ini, ibunda tidak akan mengizinkanmu ikut kelas caturwulan terakhir. itu
artinya kamu tidak boleh ikut Ebtanas.”
Ini mulai serius, Mahar tertunduk makin dalam. Kami diam
mendengarkan dan khotbah berlanjut. Berita Utama: “Hiduplah hanya dengan ajaran
Al-Quran, hadist, dan sunatullah, itulah pokok-pokok tuntutan Muhammadiyah.
Masya Allah nanti setelah besar engkau akan dilimpahi rezeki yang halal dan
pendamping hidup yang sakinah.”
Di sambung berita penting: “Klenik, ilmu ghaib, takhayul,
para normal, semuanya sangat dekat dengan pembnerhalaan. Syirik adalah larangan
tertinggi dalam Islam. ke mana semua kebajikan dan pelajarangn aqidah setiap
selasa? Ke mana semua hikmah dan pengalaman jahiliah masa lampau dam pelajaran
tarikh Islam? Ke mana etika ke-Muhamadiyahan?”
(Laskar Pelangi 2005: 259)
Perkara ini bertepatan
dengan aqidah Islam yang telah Allah wartakan di dalam Al-Quran melalui surah
Luqman. Ia juga menunjukkan sebauh pesanan daripada seorang bapa kepada seorang
anak:
“Hai anakku, janganlah
kamu mempersekutukan Allah dengan apapun, sesungguhnya mempersekutukan Allah
adalah benar-benar kedzaliman yang besar.”
(Surah Luqman, 31:13)
Jelaslah bahawa novel ini
amat menekankan pandangan Islam di dalam penulisannya. Larangan yang keras dan
yang utama di dalam kehidupan seorang umat Islam adalah larangan supaya jangan
mensyirikkan Allah. Namun realitinya manusia atau umat Islam pada hari ini
ramai yang mengagungkan manusia dan seolah-olah hidup mereka adalah kerana
manusia berkenaan sehingga ada yang menyatakan bahawa sekiranya tidak menyokong
si fulan bin si fulan maka tidak makan dan minumlah mereka sehari-harian.
Perkara ini jelas bercanggah dengan Islam kerana rezeki itu datangnya daripada
Allah bukannya daripada seorang manusia. Perkara seperti inilah kadang-kadang
manusia tidak sedar bahwa virus syirik mulai menular di dalam diri mereka.
Kesimpulannya, masih banyak pandangan-pandangan Islam
yang digambarkan di dalam novel ini. Novel ini telah diindahkan dengan
pengisian-pengisian pandangan hidup tentang Islam. Pengkaji pasti bahawa
penulis telah memperoleh ilmu Islam yang sangat tinggi ketika di SD
Muhammadiyah sehingga penulis tidak pernah lekang mengisi penulisannya dengan
pandangan-pandangan Islam yang luhur. Oleh itu, pengkaji menyeru agar para
peminat novel dan ulat buku serta segenap masyarakat khusunya bakal guru dan
para guru agar membaca novel ini kerana selain pandangan hidup tentang Islam,
di dalamnya sarat dengan ilmu keguruan dan penuh dengan falsafah buat seorang
guru.
5.0 Nilai Ilmu dalam Laskar Pelangi
Membincangkan konsep ilmu pula, Kamus
Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa ilmu merupakan pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Menurut Mohd Rashid
Md Idris dan rakan-rakan (2014), ilmu adalah hal yang berkaitan kerana
pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam
pelbagai bentuk maklumat. Melalui definisi-definisi di atas, dapar dirumuskan
bahawa ilm merujuk kepada pengetahuan terhadap sesuatu perkara atau maklumat
yang boleh diperolehi dan disebarkan melalui pelbagai cara.
Kesimpulannya, nilai ilmu merujuk kepada kualiti
atau mutu pengetahuan yang ada kepada seseorang individu atau sesebuah
masyarakat. Jika dikaitkan dengan karya agung yang dikaji, iaitu Tuhfat
Al-Nafis, nilai ilmu ini merujuk kepada pengetahuan masyarakat mengenai sesuatu
perkara, contohnya ilmu firasat, ilmu perdukunan, ilmu keagamaan dan
sebagainya.
5.1 Nilai Ilmu dalam Laskar Pelangi
Setelah dianalisis, terdapat beberapa nilai ilmu yang ditonjolkan oleh
pengarang mengenai pengetahuan masyarakat pada masa itu. Antara nilai ilmu yang
diketengahkan ialah, ‘ilmu keagamaan’, ‘ilmu pendidikan’ yang meliputi, ilmu
sains, matematik, sejarah, linguistic dan sebagainya.
5.1.1 Nilai Ilmu Keagamaan
Konsep agama menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), membawa
pengertian kepercayaan kepada Tuhan dan sifat serta kekuasaan Tuhan dan
penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Berteraskan
Islam, Ilmu Agama atau Ilmu Syar’I adalah Ilmu yang Allah turunkan
kepada Nabi-Nya berupa bukti-bukti dan petunjuk yang ada dalam Al-Quran dan
Sunnah Rasullah SAW. Kesimpulannya ilmu agama ialah pengetahuan tentang kepercayaan,
sistem budaya, dan pandangan dunia yang menghubungkan manusia dengan Maha
Pencipta
Dalam karya Laskar Pelangi, nilai
ilmu keagamaan ini banyak ditonjolkan melalui watak-watak guru dalam cerita
ini, iaitu Bapak K.A Harfan Efendy Noor, dan N.A Muslimah Hafsari. Mereka
berperanan sebagai pendidik dalam semua ilmu pengetahuan khususnya pengetahuan
agama. Nilai ilmu agama yang dimiliki itu dicurahkan kepada anak didik mereka
di SD Muhammadiyah itu. Hal ini dapat
dibuktikan melalui petikan tersebut :-
“maka
semua jangkauan akal telah berakhir di langit ketujuh tadi. Di tempat asing
tersebut, barangkali Arasy, di sana kembali metaphor keagungan tuhan bertakhta.
Di bawah takhta-Nya tergelar Lauhul Mahfuz”
Petikan di atas menyatakan tentang
keagungan Tuhan, iaitu Allah S.W.T.
5.1.2 Nilai Ilmu Pendidikan
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pendidikan membawa maksud perihal mendidik.
Dalam karya Laskar Pelangi ini, banyak nilai ilmu pendidikan yang ditonjolkan
melalui watak-watak daam cerita tersebut. Tambahan pula, karya agung ini sangat
mementingkan nilai pendidikan dalam masyarakat. Begi pengkarya, ilmu pendidikan
yang dimiliki oleh seseorang mampu mengubah taraf hidup dan ekonomi masyarakat
itu sendiri.
5.1.2.1 Ilmu Sejarah
Ilmu sejarah
berkait dengan ilmu asal-usul, keturunan dan salasilah. Dalam Laskar Pelangi,
ilmu pengetahuan tentang sejarah yang tinggi ini ditonjolkan melalui watak
Lintang, seorang pelajar genius di SD Muhammadiyah, Belitong. Buktinya :
“misalnya
pada negeri yang terdekat yang ditaklukkan tentera Persia pada tahun…” “620
Masehi! Persia merebut kekaisaran Heraklius yang juga berada dalam ancaman
pemberontakan Mesopotamia, Sisilia, dan Palestina. Ia juga diserbu bangsa Avar,
Slavia dan Armenia.”
Petikan di atas
menunjukkan situasi Bu Mus, iaitu guru muda di SD Muhammadiyah sedang mengajar
tentang sirah, atau sejarah masyarakat pada zaman dahulu. Lintang dengan
bersungguh-sungguh mencelah dan menyatakan tentang pengetahuannya mengenai
pelajaran yang sedang dipelajari. Pengetahuan tentang sejarah yangdimiliki oleh
Lintang membuatkan semua orang berasa kagum dengan kepintarannya.
5.1.2.2 Ilmu Sains
Ilmu sains merujuk
kepada ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji dan
dibuktikan kebenarannya. Hal ini dapat ditonjolkan melalui watak-watak pelajar
SD Muhammadiyah yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang sains seperti
biologi, fizik, kimia dan sebagainya. Buktinya :
“Artinya
adalah jika dalam pelajaran biologi kami baru mempelajari fungsi-fungsi otot
sebagai subkomponen yang membentuk system mekanik persial sepotong kaki, maka
Lintang telah memahami sistem mekanika seluruh tubuh dan ia mampu menjelaskan
peran sepotong kaki itu dalam keseluruhan mekanika persendirian dan otot-otot
yang terintegrasi.”
Petikan diatas
menyatakan pengetahuan Lintang tentang ilmu biologi yang melebihi ilmu yang
dimiliki oleh rakan-rakan sebayanya.
5.1.2.3 Ilmu Matematik
Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu matematik merupakan ilmu yang berkaitan dengan
kira-kira. Petikan di bawah merupakan bukti penguasaan ilmu matematik yang
dimiliki oleh lintang dan pelajar-pelajar di SD Muhammadiyah tersebut.
“13
kali 6 kali 7 tambah 83 kurang 39!” lantang Bu Mus di depan kelas…. Lalu kami
tergopoh-gopoh membuka karet yang mengikat segenggam lidi, untuk mengambil tiga
belas lidi, mengelompokkannya menjadi enam tumpukan, susah payah menjumlahkan
semua tumpukan itu. Hasilnya kembali disusun menjadi tujuh kelompok,
dihitung satu per satu sebagai total dua
tahap perkalian…”
5.1.2.4 Ilmu
Lingusitik
Linguistik
bermaksud “ilmu atau kajian saintifik tentang bahasa” (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2010). Kajian linguistik ini bukan hanya memfokuskan kepada satu
bahasa sahaja, malah pengetahuan dalam pelbagai bahasa. Dalam karya Laskar
Pelangi, pengetahuan linguistik ini ditonjolkan melalui watak Lintang yang
mampu mengusai bukan sahaja bahasa Melayu atau bahasa Indonesia, malah turut
menguasai bahasa Inggeris. Buktinya dapat dilihat dalam petikan di bawah :
“Belajar
kata terlebih dulu, bukan belajar bahasa, itulah inti paradigm belajar bahsa
Inggris versi Lintang. Sebuah ide cemerlang yang hanya terpikirkan oleh
orang-orang yang memahami prinsip-prinsip belajar bahasa…”
Petikan di atas menunjukkan cara Lintang mengajar
Ikal untuk belajar bahasa Inggeris dengan betul dan mudah. Lintang menunjukkan
formula belajar bahasa Inggeris melalui cara belajar bahasa Indonesia yang mampu
membuatkan Ikal lebih faham dan tertarik untuk belajar.
Kesimpulannya,
nilai-nilai ilmu ini telah menunjukkan ketinggian ilmu pengetahuan yang
dimiliki oleh masyarakat pedalaman dan majoriti masyarakatnya hidup dalam
keadaan muskin. Asasnya, nilai ilmu ini menjadi pemangkin dalam keinginan dan
keazaman sesebuah masyarakat untuk mengubah taraf hidup mereka.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, novel Laskar Pelangi ini adalah karya yang bersifat pengalaman
di mana novel ini digarap oleh Andrea Hinata berdasarkan pengalaman beliau
sewaktu kecil. Andrea Hinata menegaskan bahawa novel Lakar Pelangi ini
merupakan peristiwa ketika beliau masih kecil di daerah tempatnya iaitu
Belitong. Penulis dilihat sangat menekankan mengenai aspek pendidikan yang
dapat dilihat melalui kesepuluh watak utama iaitu para laskar pelangi yang
bersungguh dalam pelajaran mereka sehingga mampu untuk membuka mata banyak
pihak pada ketika itu. Namun begitu, dalam novel Laskar Pelangi ini ditonjolkan
nilai, nilai budaya, pandangan hidup dan
suasana masyarakat pada ketika itu. Nilai dan pandangan hidup yang ditonjolkan
pada ketika ini menggambarkan keadaan sebenar kehidupan masyarakat di daerah
Belitong pada ketika itu.
Novel Andrea Hinata ini
dikatakan telah mengubah persepsi pembaca terhadap bidang pendidikan
terutamanya di Indonesia. Nilai murni yang ditunjukkan oleh Bu Mus, para laskar
pelangi dan Pak Harfan membuktikan bahawa perkara yang mustahhil dapat dicapai
dengan adanya iltizam dan semangat yang tinggi. Dapat dilihat bahawa pengorbanan
besar yang dilakukan oleh Pak Harfan dan juga Bu Mus mengangkat martabat
seorang guru ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai kesimpulannya,
novel yang telah dihasilkan oleh Andrea Hinata adalah berdasarkan pengalaman
beliau ketika beliau masih kecil. Novel Laskar Pelangi ini sememangnya sangat
sesuai dijadikan panduan dan iktibar oleh semua lapisan masyarakat terutama
dalam bidang pendidikan. Berdasarkan pandangan kami, novel Laskar Pelangi ini
boleh dijadikan sebagai novel dalam pelajaran komsas di sekolah supaya dapat
memberi semangat dan juga pedoman kepada para pelajar.
Rujukan
Andrea
Hirata (2005). Laskar Pelangi.
Yogyakarta: Bentang Pustaka
Asrori S. Karni (2008). Laskar Pelangi The Phenomenon: Di Balik Buku Terlaris di Indonesia: Jakarta:
Hikmah Publisher
Eko Marini (2010). Analisis Stilistika Novel Laskar
Pelangi Karya Andrea Hirata. Universitas Sebelas Maret: Tesis tidak
Diterbitkan.
Hairunnaja
Najmuddin (2007). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal. Kuala Lumpur:
PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd
Mohd Rashid Md Idris et.al (2004). Karya Agung Melayu. Tanjong Malim,
Perak: Universiti
Pendidikan
Sultan Idris.
Mohd Rashid Md Idris (2011). Nilai Melayu dalam pantun. Perak : Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Mohd Rashid Md Idris, Abd. Rahman
Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani (2014). Karya agung Melayu. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Syed
Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
_________(2007).
Al-Quran dan Terjemahannya. Kuala
Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment