Tuhfat al Nafis merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka, Johor dan juga Riau. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis. Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji Ahmad wafat maka tugas penulisan disambung oleh Raja Ali Haji.
Di dalam Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan peristiwa dan pentarikhan yang tepat. Gaya kepengarangan beliau yang lebih objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau sendiri berketurunan Bugis. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang mengangkat orang Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui pengembaraan, pelayaran dan peperangan bersiri.
Buku ini banyak menerapkan unsur keislaman setelah kedatangan pedagang Arab dari Jeddah atas sebab kekayaan perdagangan di Johor. Pada permulaannya, pengarang mengisahkan tentang keruntuhan empayar di Melaka dan kezaliman raja Melayu yang saling berbunuhan untuk mendapat takhta dan menggunakan cara yang salah untuk berkuasa dalam pemerintahan.
Berdasarkan pengkajian yang telah kami lakukan, banyak pemikiran yang diutarakan oleh Raja Ali Haji dalam mengangkat orang Bugis. Beliau menggunakan gaya kepengarangan yang berbeza berbanding karyanya yang lain bahkan buku ini dijadikan rujukan utama dalam pengkajian sejarah Johor. Selain itu estetika dalam pengarangan beliau tampak lebih segar dengan elemen Islam yang tinggi selain kebudayaan dan pandangan hidup. Karya ini memaparkan pelbagai ilmu yang bertepatan dengan ciri sesebuah karya yang agung. Jadi, pengkajian ini membawa banyak penemuan yang baru dan menunjukkan kepengarangan Raja Ali Haji adalah subjektif berdasarkan pandangan pembaca.
2.0 Pemikiran dalam Tuhfat Al-Nafis
Pemikiran bermula dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan
oleh pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas
dan signifikan. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan,
mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya menjadi mesej, mutiara dan permata karya.
Karya
Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji merupakan sebuah sastera sejarah bersifat
pro-bugis yang berkisar salasilah raja Melayu dan Bugis, kedatangan Bugis ke
alam Melayu serta peristiwa-peristiwa penting yang melibatkan masyarakat Bugis
dalam percaturan politik di alam Melayu. Secara umumnya, karya Raja Ali Haji
ini sarat dengan pelbagai aspek yang menjadikannya sebuah karya bercorak
sejarah yang unik termasuklah dalam aspek pembinaan jati diri bangsa, pembetukan
masyarakat, pendidikan, pemikiran, kritikan sosial dan peranan wanita. Dalam
kebanyakan hal, suku Bugis cuba dilihat sebagai satu bangsa yang kuat dan
berjaya, selain mempengaruhi banyak perkara dan keputusan di alam Melayu.
Antara pemikiran Raja Ali Haji yang dilihat bersifat pro-bugis dalam penulisannya dalam Tuhfat al-Nafis termasuklah apabila beliau mendakwa bahawa Hang Tuah yang merupakan seorang panglima dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka itu adalah merupakan seorang yang berketurunan Bugis. Dalam satu bahagian yang lain, Raja Ali Haji juga dilihat mengangkat darjat suku Bugis dengan menyatakan bahawa orang-orang Bugis adalah merupakan keturunan baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Pengarang
Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan
suku kaum Minangkabau. Tuhfat al-Nafis juga menyentuh mengenai pemakaian
raja-raja dan masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu. Pengarang membuat
penelitian mengenai falsafah pemakaian dalam karya Tuhfat al-Nafis. Contohnya
jenis pemakaian Diraja yang terdapat dalam karya:
“Syahadan baginda Sultan Muhammad Syah
inilah raja Melayu mula-mula meletakkan adat Melayu seperti kekuningan yang
tertentu kepada raja jua; melainkan kekuningan itu jika diambilkan baju dan
kain dan destar, maka (yang) ((tiga)) perkara itu boleh”
(Tuhfat al-Nafis, 1998: 8)
(Tuhfat al-Nafis, 1998: 8)
Petikan di atas menunjukkan kepada pembaca akan punca bagaimna tercetusnya adat istiadat dalam golongan diraja seperti penggunaan warna kuning yang dikhusukan untuk golongan diraja dan penggunaan balairung dan seri balai ketika mengadap sultan dan raja muda. Isi yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah supaya pembaca melihat dan mengetahui adat istiadat dan seterusnya memberi gambaran bahawa terdapat keistimewaan yang tersendiri bagi golongan atasan atau raja pada ketika itu serta menunjukkan perbzaan antara rakyat biasa dan golongan pemerintah pada ketika masa itu.
Seterusnya,
pemikiran Raja Ali Haji dalam mengarang Tuhfat al-Nafis lebih cenderung untuk
meletakkan objektif sejarah ketika menulis. Walaupun beliau dilihat sebagai
seorang yang bersifat pro-bugis, namun penulisannya masih lagi menggunakan
sumber-sumber luar dalam menguatkan hasil penulisannya. Menurut Muhammad Yusoff
Hashim (1988), antara sumber luar yang menjadi rujukan Raja Ali Haji
termasuklah sumber dari Terengganu, Siak, Selangor dan Pontianak. Selain itu,
sumber dalaman yang digunakan oleh Raja Ali Haji termasuklah catatan-catatan
yang sedia ada dalam istana Riau serta hikayat-hikayat Bugis dari Sulawesi dan
Makassar.
Walaupun
Tuhfat al-Nafis adalah sebuah karya sejarah, unsur-unsur metos, dongeng dan
lagenda masih mempengaruhi karya ini. Namun, unsur metos yang terkandung dalam
karya ini tidak banyak kerana Raja Ali Haji lebih mementingkan kebenaran
daripada kepalsuan. Pada bahagian awal karya ini, Raja Ali Haji telah
menceritakan kelebihan, kehebatan dan keajaiban yang berlaku mengenai kelahiran
atau asal usul keturunan raja-raja. Karya Tuhfat al-Nafis ini juga ada
mengisahkan kisah Daeng Celak bermimpi. Mimpi itu kononnya menjadi satu petanda
dan ramalan penguasaan dan kebesaran yang akan dicapai oleh keluarga Bugis lima
bersaudara di alam Melayu. Unsur fiksi atau imaginasi sebegini sememangnya
dapat memperlihatkan kebesaran keturunan Bugis. Penulisan Raja Ali Haji juga
boleh dijadikan manifestasi corak pemikiran masyarakat pada zaman itu yang
sememangnya memandang raja sebagai manusia yang mempunyai kelebihan.
Pemikiran
Raja Ali Haji dalam penulisannya adalah berbeza dengan penulisan
hikayat-hikayat sebelumnya. Walaupun tujuan penulisan Tuhfat al-Nafis masih
berkisar pada salasilah raja-raja Melayu dan Bugis, namun penulisannya
menggambarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku yang ditulis dengan lebih
memberikan tumpuan kerana sebab musabab suatu peristiwa itu berlaku. Selain
itu, bagi memastikan penulisan beliau dianggap benar dan tepat, Raja Ali Haji juga
dilihat cuba meletakkan penggunaan tarikh dalam peristiwa yang dicatatkan dalam
karyanya itu.
Seterusnya,
berdasarkan peristiwa yang telah dicatatkan oleh Raja Ali Haji dalam
penulisannya, pemikiran masyarakat Bugis dilihat sebagai seorang yang berfikiran
oportunis kepada peluang dan keadaan yang ada dalam pelbagai peristiwa.
Masyarakat Bugis dalam penghijrahan mereka keluar dari Makassar dalam kisah
Daeng Lima Bersaudara telah menunjukkan bagaimana mereka mampu untuk mengambil
kesempatan ke atas pertikaian yang berlaku antara Sultan Bendahara Tun Abdul
Jalil dan Raja Kechil dari Siak yang cuba untuk merebut takhta kerajaan
Johor-Riau. Disebabkan kepintaran Daeng Merewah lima bersaudara, akhirnya
mereka berjaya mendapatkan kuasa politik dalam istana Johor dengan memegang
jawatan Yamtuan Muda. Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis turut menjelaskan
bagaimana berkuasanya Yamtuan Muda dalam istana Johor pada ketika itu.
Menurutnya dalam karya Tuhfat al-Nafis,
“Yamtuan Besar (Sultan) menjadi seperti perempuan sahaja; jika diberi makan
baharu makan ia; Yamtuan Muda menjadi seperti laki-laki; dan jika datang
satu-satu hal atau apa jua bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda”.
Berdasarkan
peristiwa tersebut, ternyatalah bentuk pemikiran suku Bugis yang dilihat pandai
mengambil peluang yang diperoleh mereka dalam meneruskan kehidupan mereka
setelah kejatuhan Bugis di Sulawesi. Pemikiran masyarakat Riau-Lingga yang
ditonjolkan dalam tuhfat al-Nafis juga merupakan masyarakat yang terpengaruh
dengan pemikiran Islam yang kukuh dan teguh. Keadaan ini turut disumbangkan
oleh kemunculan ramai tokoh ulama Islam ke kawasan Riau terutamanya di Pulau
Penyengat.
Berdasarkan
teks Tuhfat al-Nafis, kebanyakan pembesar Riau termasuk sultannya merupakan
mereka yang cenderung kepada pemikiran Islam seperti Yamtuan Raja Ali Kelana
(Yamtuan Muda terakhir) dan Sultan Abdul Rahman I. Pemikiran Islam para
pembesar Riau digambarkan dalam Tuhfat al-Nafis apabila mereka dilihat lebih
cenderung kepada aktiviti keilmuan Islam, selain sentiasa mendekatkan diri
kepada Allah dan mengingati kematian.
3.0 Estetika dan Kepengarangan dalam Tuhfat Al-Nafis
3.1 Konsep Estetika
Estetik
sebenarnya berasal daripada perkataan aestheist
yang merupakan Bahasa Yunani kuno. Aestheist
bagi masyarakat Yunani kuno bererti tanggapan. Dalam sudut pandangan sastera,
tanggapan yang diertikan secara harfiah ini boleh dimaterai sebagai tanggapan
peribadi atau rohaniah seseorang pembaca dalam membaca sesebuah karya.
Tanggapan yang diwujudkan dan dipunyai oleh seseorang individu bersifat
subjektif. Apabila seseorang individu A menganggap bahawa sudut cerita dari
aspek tertentu indah,, individu B tidak semestinya sependapat dan mempunyai
tanggapan yang sama dengan individu A. Hal ini demikian kerana, tanggapan
keindahan yang dipunyai oleh seseorang individu itu boleh jadi pelbagai kerana
sentimen keindahan yang dihayati oleh seseorang itu boleh berlaku dari pelbagai
sisi yang berbeza.
Kepelbagaian atau variasi tanggapan yang
memberikan warna terhadap penghayatan seseorang pembaca. Ia sesuai dengan
perkara yang diketengahkan oleh Rahman Shaari (2001) iaitu estetika ialah nilai
keindahan dalam sesebuah sastera. Nilai yang dimaksudkan oleh beliau berkait
rapat dengan perasaan manusia dan bersifat subketif. Oleh hal yang demikian,
sesebuah karya dinilai menerusi teknik dan gaya yang mewujudkan nilai estetika.
Bahkan Rahman berpendapat bahawa kehadiran isi yang bagus tidak memberikan
sebarang jaminan ketertinggian tahap estetik yang dipunyai oleh karya tersebut;
melainkan keseimbangan elemen-elemen yang mewujudkan sentimen keindahan
tersebut dalam sesebuah karya.
Lazimnya
sesebuah karya disertakan dengan
nilai-nilai dan aspek-aspek imaginatif dan kreatif bagi menghasilkan sesebuah
sentimen keindahan. Garapan yang disertai dengan elemen imaginatifdan kreatif
ini biasanya dilakukan oleh penulis bagi menghasilkan keindahan seni rasa dalam
penghayatan sesebuah karya yang menjentik nilai estetik. Aspek seni dan
imaginatif ini tidak sekadar meliputi cakupan terhadap penulisan bahkan turut
meliputi aspek muzik, lukisan, seni bina dan sebagainya. Oleh hal yang
demikian, konsep estetik yang didukung oleh sesebuah teks sastera merujuk
kepada aspek keindahan , keseronokan , kegembiraan, dalam penghayatan seseorang
pembaca ketika menghayati sesebuah karya.
3.1.1 Nilai Estetik dalam
Tuhfat Al Nafis
Sebagaimana
karya agung yang lain, Tuhfat Al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji juga
mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri. Elemen ini boleh dilihat dari
beberapa sisi seperti, seni agama dan seni bahasa. Aspek-aspek ini bersifat
subjektif dari aspek penghayatan individu yang berbeza.
Seni Agama
Dalam
membawa keberlangsungan karya sejarah yang dipunyai oleh Raja Ali Haji, beliau
tidak sekadar mengetengahkan satu elemen fakta yang bersifat satu cakupan
informasi lampau semata tetapi beliau turut sama secara tidak langsung membawa
sentimen keindahan agama secara halus. Sudut pandangan ini memperlihatkan
bahawa warna seni sastera yang dilakukan oleh Raja Ali Haji ini mempunyai
teknik dan gaya yang pelbagai. Sisian keindahan agama yang disertakan oleh Raja
Ali Haji ini mempamerkan bahawa wujud pendedahan secara awal terhadap agama
Islam pada zaman tersebut. Malah ia menunjukkan magis sentimen agama yang
berkepentingan tidak kira dimana pun seseorang individu itu berada. Nilai tersebut
secara tidak langsung membawa penghayatan pembaca terhadap sejarah ini kembali
kepada lahiriah dan rohaniah manusia yakni kembali kepada Tuhan.Misalnya :
“Maka
ada pagi hari ia berangkat ke pantai melihat kapal datang dari Jeddah,. Maka
turunlah orangnya sembahyang di tepi pantai itu dilihatnya seperti yang di
dalam mimpinya. Maka raja itu pun menderumkan gajahnya lalu diambilnya orang
yang sembahyang itu dibawanya naik ke atas gajahnya, iaitu Syeikh Mahkdum
namanya, lalulah dibawanya masuk ke dalam kotanya. Maka belajarlah ia akan
ugama Islam. Maka masuk Islam segala orang besar-besarnya dan segala isi negeri
Melaka itu. Maka baginda itu pun bergelarkan Sultan Muhammad Syah”
(Raja Ali Haji,
1997:4)
Petikan
di atas misalnya membawa pembaca kembali kepada maknawi manusia dari sudut
pandangan sembahyang. Ia mempamerkan bahawa sejauh mana sulit keadaan atau
kesibukan manusia tetapi masih tidak boleh mengetepikan tuntuan agama. Misalnya
ia mempamerkan “turunlah orang sembahyang
di pantai” meskipun ia tidak dinilai oleh segelintir pembaca sebagai
sentimen keindahan. Namun ia sebenarnya mempunyai nilai estetik yang kendiri
apabila pendedahan Raja Ali Haji berkenaan agama itu disuntik secara halus
melalui penekanan-penekanan kecil terhadap pentingnya agama .Elemen tersebut
dalam petikan boleh dinilai dari penggunaan-penggunaan perkataan sembahyang,
Jeddah dan Syeikh. Estetik dari sudut pandangan agama ini juga boleh dinilai
dari petikan di bawah :
“Syahadan
apabila mangkatlah Raja Besar Muda itu maka menggantikan puteranya yang bernama
itu maka menggantikan puteranya yang bernama Raja Tengah, Syahadan apabila
mangkatlah Raja Tengah itu maka menggantikan kerajaannya puteranya yang bernama
Raja Kecil Besar. Syahadan kata sahibul hikayat inilah raja yang adil lagi
saksama pada zaman itu, dan ialah Raja Melayu yang mula-mula masuk agama Islam
, yang bermimpikan berjumpa hadrat Nabi kita Muhammad salla Allahu ‘alaihi
wasallam, yang diajar oleh Rasulullah sallah Allahu ‘alaihi wasallam, dengan
mengucap dua kalimat syahadat, iaitu: asyhadu al la ilaha illa’llahu, wa
asyhadu anna Muhammadan Rasulu’llahi serta terkejut daripada tidurnya,
dilihatnya zakarnya sudat terkatan”
(Tuhfat al-Nafis, 1982: 4-5)
Seni Bahasa
Raja
Ali Haji turut menyelitkan puisi tradisional dalam Tuhfat Al-Nafis bagi
menggarap pelbagai warna sepanjang pengamatan pembaca. Puisi tradisional ini
bukan sekadar memberikan keindahan dari sudut sastera tetapi turut mempunyai
perkaitaanya tersendiri dengan cerita dan nasihat yang ingin disampaikan.
Antara pantun yang terdapat dalam karya agung ini ialah:
Tinggi
bukit Sukadana
Termpat
bertanama halia padi
Sakitnya
muda kena bencana
Sebarang
kerja tidak menjadi
Penggunaan
pantun ini secara tidak langsung membuatkan pengamatan pembaca terhadap karya
yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji itu lebih pelbagai. Pemikiran dan keindahan
itu tidak terikat sekadar penglibatan satu sisi kefokusan semata tetapi turut
sama melibatkan elemen-elemen lain. Elemen bahasa bukan sekadar diselitkan Raja
Ali Haji dalam aspek sastera pantun tetapi juga dari aspek retorik.
Retorik
merupakan seni penulisan yang mengambil kira keindahan dari cakupan gaya,
starategi, bahan dan khalayak. Lazimnya, dalam sesebuah karya diselitkan
retorik jenis eksposisi, naratif, deskriptif, penghujahan dan pemujukan.
Retorik ini juga boleh dicakupkan sebagai setimen bahasa yang bernilai estetik
kena ia merupakan gaya penyampaian yang digarap oleh penulis. Dalam Tuhfat
Al-Nafis, retorik yang dapat dikenal pasti ialah retorik jenis pendedahan atau
turut dikenali sebagai retorik eksposisi. Penggunaan retorik jenis ini
digunakan oleh Raja Ali Haji bagi menyampaikan idea, menginterpeetasi
peristiwa, menganalisis masalah dan memberikan definisi. Ia boleh dilihat
menerusi retorik pendedahan berikut yang dipetik dari Tuhfat Al-Nafis:
“Syahadan
apabila mangkatlah ia menggantikan kerajaanya puteranya bernama Raja Mahmud
bergelar Sultan Mahmud Syah. Maka masa kerajaan baginda inilah, ia membunuh
saudaranya itu, iaitu yang bernama Raja Zainal, kerana Raja Zainal itu baik
parasnya, cantik manis, memberi ghairat segala hati perempuan melihatnya. Dan
banyaklah anak-anak orang Melaka berahi akan dia hingga anak isteri orang
tiadalah berketentuan mengidah Raja Zainal itu dengan bunga bergubah sirih bersulur.
Mana-mana yang perkenan diambilnya dan mana-mana yang tiada berkenan
diberikannya pada segala juak-juaknya. Maka cabullah negeri Melaka itu dengan
hal demikian.
Maka menitahkan Sultan Mahmud
itu seorang hambanya menikam (saudaranya) Raja Zainal itu malam-malam , pada
tempat peraduannya itu. Maka telah mangkatlah Raja Zainal itu digembarkan oleh
orangnya dalam negeri itu mengatakan Raja Zainal itu mangkat ditikam pencuri
konon adanya”
(Tuhfat Al Nafis
1991: 135)
Dalam sudut pandangan ini nilai
estetika iti dinilai menerusi nilai budaya yakni pendedahan yang dilakukan oleh
Raja Ali Haji dalam Tuhfat al Nafis dalam mendedahkan masalah sosial yang wujud
dalam dunia politik Melaka ketika itu. Sudut pandangan ini mendedahkan Raja
Zainal yang menggunakan ketampanannya untuk berfoya-foya dengan perempuan di
Melaka serta kisah Raja Mahmud yang kejam dan sanggup membunuh saudaranya Raja
Zainal ekoran cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh Raja Zainal.
Retorik
pemujukan juga diguna pakai oleh Raja Ali Haji dalam menjentik elemen estetik
bahasa dalam gaya penulisannya. Beliau menggunakanretorik jenis ini bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan
pembaca terhadap apa yang sedang diketengahkan oleh beliau. Jenis pemujukan ini
tidak terbatas terhadap satu jenis sahaja bahkan dalam retorik pemujukan itu
sendiri melibatkan pemujukan rasional dan tidak rasional. Pemujukan rasional
mencakupi elemen penghujahan, fakta, dan data yang lengkap manakala tidak
rasional pula meliptuit emosi. Ia dapat dilihat melalui petikan Tuhfat Al-
Nafis seperti yang berikut:
“Maka
berkata Pangeran Dapati itu kepada Gusti Jameril, . “Adapun cucuku ini aku
hendak (ambil) buat menantu. Cucuku pilihlah anakku yang dua orang itu
mana-mana suka cucuku.’’ Maka jawab Guste Jameril “adapun yang seperti kehendak
nenda belumlah patik boleh menentukan bermohonlah patik mengadap paduka anak
anda Pangeran Emas Seri Negara dahulu.”
(Tuhfat Al Nafis, 1991: 322)
Sudut
pandangan petikan diatas menyelitkan unsur retorik penujukan jenis tidak
rasional kerana ia melibatkan emosi atau rohaniah pemujukan yang berlaku antara
Pengeran Dapati dan Gusti Jameril. Ia ditonjolkan apabila Pangeran Dapati
memujuk Gusti Jameril untuk membuat keputusan memilih dua cucunya untuk
dijadikan calon siteri buat Gusti Jameril. Lalu, Gusti Jameril meminta izin
untuk berjumpa dengan ayahnya sebelum membuat keputusan yang rasmi. Oleh hal
yang demikian, garapan yang dilakukan oleh Raja Ali Haji dalam menyuntik elemen
estetik sepanjang penghayatan pembaca terhadap karya
agung ini disertakan dengan variasa elemen yang menyebabkan penulisan Raja Ali
Haji ini mempunyai sentimen keindahan daripada pelbagai sisi seni.
3.2 Konsep Kepengarangan
Dalam
dunia sastera tidak kira sastera yang bersifat moden ataupun bersifat
tradisional, estetik dan kepengarangan merupakan dua aspek penting dan berjalan
seiring bagi mempengaruhi kedudukan sesebuah teks dan juga seseorang
sasterawan.Secara harafiahnya kepengarangan bermaksud penulisan terhadap
sesuatu karya. Jika dicungkil maksudnya dengan lebih mendalam, kepengarangan
merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam
berkarya.
Selain
itu, pengarang atau seniman selalu menitikberatkan teknik atau gaya dalam
penulisannya ketika menghasilkan sesebuah karya. Hal ini demikian kerana, dalam
sesebuah penghasilan karya sastera, terdapat tiga aspek penting yang mendukung
kepada aspek ini. antara aspeknya ialah aspek sifat, sikap dan bakat.
Ketiga-tiga aspek inilah yang membantu seseorang pengarang dalam menghasilkan
sesebuah karya yang bermutu dan berkualiti. Bukan itu sahaja, pengunaan bahasa
dalam kepengarangan seseorang pengarang akan menampilkan penggunakan bahasa
yang baik serta teknik pengarangan yang pelbagai untuk menghasilkan sesebuah
karya.
Oleh
hal yang demikian, satu analisis dijalankan untuk mengupas berkenaan
kepengarangan penulisan Raja Ali Haji dalam karyanya terunggulnya iaitu karya
TuhfatAl-nafis
3.2.1 Gaya kepengarangan
Gaya Penulisan Berunsurkan Keislaman
Raja
Ali Haji merupakan seorang pengarang yang tidak asing lagi dalam dunia sastera.
Karya yang dihasilkan oleh beliau selalunya berteraskan dan berusurkan agama
islam. Perkara ini dapat dilihat melalui karya terunggul beliau seperti Bustan
Al-Katibin, Kitab Pengetahuan Bahasa dan juga karya Tuhfat Alnafis. Unsur
keislaman ini sangat terpancar dalam karya tuhfat al-nafis . beliau menyentuh
unsur keislaman terutamanya kepada golongan pemerintah.
Aspek
keislaman yang digunakan dalam karya tuhfat al-nafis adalah disebabkan latar
belakang Raja Ali haji yang sangat dekat dengan Agama Islam. Beliau terkenal
sebagai seorang yang alim serta mempunyai pengetahuan luas berkenaan dengan
dunia keislaman. Oleh sebab inilah tuhfat al-nafis boleh dikatakan sebagai
suatu karya yang dihasilkan berdasarkan pengalaman realitinya pada masa dahulu.
Sebagai contoh, jika diteliti keseluruhan cerita Tuhfat al-Nafis, beliau banyak
menyelitkan unsur keislaman dalam sesebuah karya terutamanya dalam penggunaan
kosa kata bahasa arab yang diselitkan dalam naratifnya. Antara bukti utama
bahawa beliau banyak memasukkan unsur islam terutama dalam aspek kosa kata arab
ialah melalui perkataan terawal yang digunakan iaitu perkataan bismillahir-rahmanir-rahim.Perkataan ini
jelas menunjukkan bahawa kalimah bismillah merupakn kalimah yang sangat dekat
dengan orang islam. Bukan itu sahaja,
penggunaan kosa kata arab lain yang digunakan oleh Raja Ali Haji dalam Tuhfat
Al-nafis boleh dilihat melalui petikan
dibawah.
“Al-bab
al-awwal fi silsilatihim.
Bermula fasal yang pertama pada menyatakan keturunan raja-raja sebelah melayu
dengan diringkaskan perkataannya.”
(Tuhfat
Al-Nafis, 1982:1)
“Syahadan kata sahibul hikayat inilah
raja yang adil dan saksama pada zaman itu, dan ialah Raja Melayu yang mula-mula
masuk ugama islam, yang bermimpikan berjumpa hadrat Nabi kita Muhammad salla Allahu ‘alaihi wasalam, yang
diajar oleh Rasulullah salla Allahu ‘Alaihi wasalam”
(Tuhfat Al-Nafis, 1982:5)
“Maka berkata pula Bendahara kepada Yang
Dipertuan Muda, Allah! Allah!’
(Tuhfat Al-Nafis, 1982:157)
Teknik naratif
Boleh
dikatakan penulisan Raja Ali Haji dalam karya Tuhfat Al-Nafis yang menggunakan
unsur naratif. Beliau lebih terdorong
menggunakan teknik naratif dalam penulisannya kali ini mungkin disebabkan oleh
pengalaman yang dimiliki oleh beliau. Oleh sebab itulah karya penulisannya
lebih bersifat penceritaan raja-raja dari satu generasi ke generasi yang lain.
Teknik ini dapat dilihat melalui mukadimah pertama yang ditulis oleh beliau:
“Bi-smillahir-rahmanir-rahim.
Maka pada ketika di dalam Hijrah al-Nabi salla Allahu’alaihi wasallam seribu
dua ratus delapan puluh dua tahun pada tiga haribulan syaaban yang maha besar
dan berbangkitlah hatiku bahawa memperbuat kitab ini yang disimpan dan
didalamnya menyatakan salahsilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala
khabar-khabar dari kisah Raja-raja Mealayu serta Bugis dan kepada Segala
anak-anak mereka itu.” (Tuhfat
Al-Nafis, 1982:1)
Unsur Mitos
Jika
ditinjau semua karya-karya tradisional, pengarang tidak pernah ketinggalan
untuk menyelitkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Begitu jugalah dengan
Raja Ali Haji, beliau juga tidak terkecuali menyelitkan unsur mitos dalam
penulisannya walaupun unsur mitos yang digunakan tidak keterlaluan. Penggunaan
unsur mitos ini kadangkala merupakan gaya yang digunakan oleh pengarang untuk
menarik minat pembaca mendekati dengan lebih dekat naratif yang dibaca. Bukan
itu sahaja, penggunaan mitos yang digunakan oleh pengarang bertujuan untuk
menunjukkan kuasa atau darjat yang dimiliki oleh seseorang. Begitu juga halnya
dengan karya Tuhfat Al-nafis, Raja Ali Haji menggunakan unsur mitos untuk
menonjolkan darjat yang dimiliki oleh seseorang raja atau pemerintah. Contoh
petikan yang menunjukkan penggunaan unsur mitos ialah:
“Syahadan apabila mangkatlah Raja BesarMuda itu maka menggantikan
puteranya yang bernama Raja Tengah. Syahadan apabila mangkatlah Raja Tengah itu
maka menggantikan kerajaannya puteranya yang bernama Raja Kecil Besar. Syahadan
kata sahibul hikayat inilah raja yang adil lagi saksama pada zaman itu,
danialah Raja Melayu yang mula-mula masuk ugama Islam, yang bermimpikan
berjumpa hadrat Nabikita Muhammad sallaAllahu ‘alaihiwasallam, yang diajar oleh
Rasulullah sallaAllahu ‘alaihiwasallam, dengan mengucap dua kalimat syahadat,
iaitu: asyhadu al la ilahailla’llahu, waasyhaduanna Muhammadan Rasulu’llahi:
serta terkejut daripada tidurnya, dilihatnya zakarnya sudah terkhatan.”
(Tuhfat
Al-Nafis, 1982 :5)
Teknik dialog
Walaupun boleh dikatakan teknik kepengarangan yang
digunakan oleh Raja Ali Haji dalam karya unggulnya iaitu Tuhfat Al-Nafis banyak
menyelitkan teknik naratif, beliau juga tidak ketinggalakn untuk mempelbagaikan
corak penulisannya dengan memasukkan unsur-unsur lain karya ini. contohnya
teknik dialog. Berdasarkan analisis yang dibuat, Raja Ali Haji turut memasukkan
beberapa rangkap dialog bagi memperkayakan jalan ceritanya. Contoh rangkap
dialog yang digunakan ialah:
“Syahdan
apabila sudah berbayarlah hutang-hutang itu maka Yang Dipertuan Muda pun
bertitah dengan air matanya, Cih! Orang kaya apa boleh buat? Sudah jadi darah
daging busuk hanyir pun apalah yang hendak dikata lagi? Jikalau sekira-kiranya
tidak inilah ketikanya, saya mehlai-balaikan negeri riau ini. Cis ! sampai hatinya
memperbuat saya semua anak-anak Bugis sekalian sudah begini pula jadinya,”
(Tuhfat
Al-Nafis, 1982:158)
4.0 Nilai Budaya dan
Pegangan Hidup dalam Tuhfat Al-Nafis
4.1 Konsep Nilai Budaya
Perkataan
nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:1081). Menurut Md Rashid Md Idris et al. (2014:141), nilai juga
diistilahkan sebagai ‘al qimah’ dalam bahasa Arab yang merujuk kepada harga
yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Ketinggian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri
memberi pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga kekal
pada hari ini seperti buku Tuhfat al Nafis.
Md
Rashid Md Idris et al. (2014:125),
menyatakan bahawa konsep budaya adalah elemen yang membezakan manusia daripada
hidupan lain. Dalam disiplin tersebut, tdak wujud perbezaan makna di antara
perkataan ‘budaya’ dengan ‘kebudayaan’. Buddayah
merupakan bahasa Sanskrit yang membawa makna budaya yang bererti budi pekerti
atau akal. Secara khususnya, hal tersebut berkaitan dengan budi dan akal yang
dimiliki oleh manusia.
Budaya
juga disebut sebagai culture dalam
bahasa Inggeris, yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu colore
yang membawa erti menanam atau mengerjakan (Md Rashid Md Idris et al, 2014:126). Hal ini demikian
kerana budaya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat bahkan ia
merupakan seseuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang
seterusnya ataupun ia dikenali juga sebagai organik lampau. Selain itu, budaya
juga merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan
serta struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri khas bagi sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya,
konsep nilai budaya sebagai keseluruhan
nilai tentang cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran
yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk
kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Nilai budaya mencerminkan
kesantunan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian sama ada pemerintah
mahupun rakyat jelata.
4.1.1 Budaya Mengembara atau
Merantau
Menghormati Orang Tua
Nilai
menghormati orang tua ditunjukkan oleh Opu Dahing Parani semasa baginda ingin
pulang ke Siantan untuk melawat anak-anak baginda. Baginda meminta izin dan
perkenan ayahanda mentua baginda terlebih dahulu, iaitu Sultan Abdul Jalil
sebelum pulang ke Siantan. Setelah mendapat perkenan Sultan Abdul Jalil,
barulah baginda bersiap-siap segala alatan perang sebelum berangkat ke sana.
Opu Dahing Parani sangat menghormati orang tua, iaitu bapa mentua baginda yakni
Sultan Johor pada ketika itu apabila mengutamakan pandangan dan menghormati
keputusan Sultan Abdul Jalil sebelum melaksanakan apa-apa perintah kepada
rakyat.
“Syahadan
adapun Opu Dahing Parani apabila sudah ia beristeri itu, maka ia pun
bermohonlah kepada Sultan Abdul Jalil hendak pergi ke Siantan dahulu hendak
melihat anak-anaknya sebentar…maka diizinkan oleh Sultan Abdul Jalil, maka ia
pun keluarlah dari Johor lalu ia berlayar ke Siantan, tetaplah ia di Siantan
bersiap-siap akan alat kelengkapan peperangannya.”
(Raja
Haji Ahmad et al, 1997:51)
Meraikan tetamu
Meraikan
tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut
ajaran Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik
mungkin malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri
sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Contoh petikan yang menunjukkan
orang Melayu menghormati tetamu seperti di bawah:
“…maka Tuan Bujang itu pun bersama-sama dibawanya.
Maka apabila sampai Sultan Lambayang itu ke Johor maka dihormatilah oleh Sultan
Abdul Jalil itu, dijamunya makan minum betapa adat istiadat raja-raja
berjumpaan.” (Raja Haji Ahmad et al, 1997:46)
Petikan
di atas menunjukkan Sultan Abdul Jalil menghormati tetamu baginda, iaitu Tuan
Bujang dan Sultan Lambayang di Johor, baginda mengadakan keraian seperti adat
istiadat raja-raja untuk mereka dengan jamuan makan dan minum. Baginda meraikan
tetamu dengan meriah dan menghormati mereka sebagai tetamu meskipun mereka
tanpa menghantar utusan terlebih dahulu kepada baginda. Baginda mengadakan
bersiap yang rapi untuk melayani tetamu.
“…maka
apabila sampai ke Siantan maka Opu Dahing Parani pun dinikahkan oleh
ayahandanya dengan satu orang Mengkasar yang bernama Nakhoda Alang…maka lalulah
berlayar ke Kambuja. Apabila sampai di Kambuja dipermuliakan Raja Kambuja,
diberinya rumah dan diperjamunya makan minum betapa adat istiadat anak raja
yang besar-besar.” (Raja Haji Ahmad et al, 1997:44)
Petikan
di atas menunjukkan Ayahanda Opu Dahing Parani meraikan baginda yang kembali
daripada mengembara dengan dinikahkan baginda dengan Nakhoda Alang, iaitu anak
orang besat Mengkasar. Kemudian baginda dimuliakan oleh Raja Kambuja dengan
diberikan rumah, makan dan minum serta meraikan baginda seperti adat istiadat
anak raja yang hebat setelah baginda singgah di Kambuja semasa pelayaran
baginda ke sana. Petikan ini menunjukkan orang dahulu atau pemerintah terdahulu
sangat menyanjungi dan mengutamakan tetamu yang datang ke negeri mereka
sehingga sanggup menikahkan puteri sendiri bahkan mengadakan keraian yang
istimewa kepada kerabatnya sebagai tanda menghargai tetamu.
4.1.2 Budaya Adat Resam
Berpegang Teguh kepada Adat Resam
Masyarakat Melayu sangat berpegang
teguh kepada adat istiadat ataupun adat resam seperti yang dapat dilihat dalam
Tuhfat al Nafis. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang
dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan seperti warna kuning bagi
membezakan darjat antara pemerintah dan rakyat. Wujudnya adat resam dan
larangan ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan darjat yang tinggi
antara kerabat diraja dengan golongan kebanyakan pada ketika itu. Petikan di bawah
menunjukkan nilai berpegang teguh kepada adat resam:
“Syahadan
baginda Sultan Muhammad Syah ialah raja Melayu mula-mula meletakkan adat Melayu
seperti kekuningan yang tertentu kepada raja jua, melainkan kekuningan itu jika
diambilkan baju dan kain dan destar, maka (yang) (tiga) perkara itu boleh.
(Dan) demikian lagi larangan juga berbuat rumah beperanginan dan tiang beralas
tiada terletak ke tanah dan rumah berpebalaian dan berpelantaran. Dan (jika)
perahu larangan juga seperti perahu bertingkap dan berpengadapan. Dan berlarang
juga bergelang kaki emas keroncong kepala perak sekalipun tiada dapat orang
keluaran memakainya, jika kaya sekalipun (melainkan dengan anugerah raja jua
maka boleh. Dan lainnya daripada adat yang tentu kepada raja-raja dan
kepadanya) anak raja-raja jua.” (Tuhfat al-Nafis, 1997:4)
Sultan
Muhammad Syah merupakan raja Melayu yang pertama meletakkan adat Melayu seperti
warna kuning merupakan warna yang dikhaskan untuk golongan diraja, rakyat
dilarang sama sekali memakai pakaian yang berwarna kuning, larangan membuat
rumah di kawasan berangin, balairung dan berpelantaran sepertimana istana raja.
Selain itu larangan terhadap penggunaan perahu bertingkap dan berpengadapan.
Rakyat juga dilarang bergelang kaki emas keroncong kepala perak meskipun orang
kaya yang dimilikinya melainkan ia anugerah raja kepada rakyat, barulah boleh
dipakai gelang tersebut. Setiap adat istiadat yang dibuat adalah bertujuan
untuk membezakan darjat antara pemerintah dan rakyat khususnya.
4.1.3 Budaya Orang Melayu dan Keris
Dalam Tuhfat al-Nafis juga menonjolkan falsafah orang
Melayu terhadap keris. Bagi masyarakat Bugis, keris yang terdapat pada masa itu
mempunyai pengaruh yang kuat dalam budaya masyarakat Melayu. Pengaruhnya meluas
dari Selatan Sulawesi hingga ke Semenanjung Malaysia, Selatan Sumatera dan
kepulauan Riau-Lingga terutamanya daripada segi reka bentuk sampir dan hulu
keris.
Keris Bugis ditempa pada umumnya
berfalsafahkan untuk mempertahankan diri dan pertikaman. Oleh itu, bilah keris
yang ditempa lebih tebal dan berat bagi mendapatkan kekuatan dan kekukuhan.
Keris Bugis pada kebiasaannya mempunyai corak pamor yang cantik berserta dengan
hiasan yang dinamakan tuli-tuli dan batir yang melambangkan status sosial
pemiliknya.
4.1.4 Budaya Berdagang dan Islam
Berdikari
Nilai
berdikari dapat dilihat melalui petikan dibawah tentang orang Bugis yang
mencari rezeki dengan menangkap ikan. Ia merupakan pekerjaan yang halal untuk
menjamin kelangsungkan hidup. Dengan menangkap ikan, orang Melayu pada masa itu
dapat menyara kehidupan daripada melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah.
“…orang
Bugis Selangor memulai memasang belat mengambil ikan. Maka datanglah suruhan
Penghulu Linggi itu minta hasil. Maka jawab Bugis itu, ‘Sehari-hari pada tempat
ini tiada diambil hasil, kerana pekerjaanku ini bukannya didalam Linggi, ikan
di laut mana-mana rezekiku masuklah ia, dan mana-mana tidak lepaslah ia.”
\ (Raja Haji Ahmad et al,
1997:63)
Utamakan Akidah Islam
Nilai
Islam menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan nilai agama Islam. Nilai
ini meletakkan kehendak dan kewajipan agama sebagai hal yang lebih utama, iaitu
tuntutan kepada perintah Allah mengatasi segala-galanya. Pengaruh Islam
dipengaruhi oleh kehadiran pedagang Arab kerana kapal dagangan bebas membawa
barang dagangannya untuk berlabuh. Jadi mereka berdagang sambil meluaskan
pengaruh Islam. Kehadiran pedagang dari luar yang secara tidak langsung
menyebarkan pengaruh Islam.
“Maka
pada pagi hari ia berangkat ke pantai melihat kapal datang dari Jeddah. Maka
turunlah orangnya sembahyang di tepi pantai itu dilihatnya seperti yang di
dalam mimpinya. Maka raja itu pun menderumkan gajahnya lalu diambilnya orang
yang sembahyang itu dibawanya naik ke atas gajahnya, iaitu Syekh Makhdum
namanya, lalulah dibawanya masuk ke dalam kotanya. Maka belajarlah ia akan
ugama Islam. Maka masuk Islam segala orang besar-besarnya dan segala isi negeri
Melaka itu. Maka baginda itu pun bergelarlah Sultan Muhammad Syah.”
(Tuhfat al-Nafis, 1982: 5)
Hal ini dapat digambarkan menerusi petikan di atas apabila
pedagang dari Jeddah menunaikan solat di tepi pantai berhampiran pelabuhan
sebelum menjalankan jual beli di pelabuhan itu. ini menunjukkan solat merupakan
tunjang agama kepada setiap pekerjaan. Dengan menunaikannya terlebih dahulu,
maka urusan pekerjaan akan lebih dipermudahkan dengan izin Allah.
4.2 Konsep Pandangan Hidup
Syed
Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang
merangkumi hal dunia dan akhirat. Tujuannya adlah untuk menanggapi sesuatu
berkaitan Tuhan, manusia dan alam. Orang Melayu dahulu menghasilkan idea
berdasarkan sumber alam, maka lahirlah karya yang menyelitkan pemikiran Islam
berasaskan al Quran dan as Sunnah. Awang Sariyan (2010) dalam Karya Agung Melayu (2014), kejelasan
wujudnya fahaman falsafah yang berkaitan ontologi (Pencipta dan yang dicipta)
dan aksiologi (teori dan asas nilai) terpapar dalam karya ulama, pemikir dan
pujangga Melayu.
4.2.1 Pandangan Hidup Terhadap Islam
Menurut
catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu
semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Ramai ahli sejarah bersetuju bahawa agama
Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang
Islam terutama pada zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali.
Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan
di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Antara barangan tersebut ialah
lada, rempah, kemenyan dan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus,
ia pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Nusantara
sejak awal lagi. Barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang
Arab bahkan juga orang-orang Barat. Sebenarnya, matlamat utama kedatangan
pedang-pedagang adalah untuk menyebarkan agama Islam ke Nusantara.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972),
menyatakan bahawa, pandangan hidup mestilah pandangan yang bersumberkan Islam
yang merangkumi hal dunia dan akhirat. Pada bahagian ini pengkaji akan
memerihalkan tentang pandangan dan pegangan hidup masyarkat ketika itu iaitu
pandangan dan pegangan hidup terhadap Islam. Buku Tuhfat al-Nafis hasil karya
Raja Ali Haji turut menyentuh tentang kedatangan Islam ke tanah Melayu. Melalui
perkara inilah dapat diliihat pandangan hidup terhadap Islam dalam kalangan
masyarakat ketika itu. Raja digambarkan golongan pertama yang memeluk Islam.
Apabila unsur-unsur keislaman itu wujud dalam sesebuah karya agung itu, secara
tidak langsung memaparkan kepada pembaca akan pengaruh agama Islam mula wujud
dan seterusnya mempengaruhi penulisan pada ketika itu. Pengarang menyatakan
Raja Kecil Besar adalah raja Melayu yang pertama memeluk agama Islam dan
digambarkan Raja Kecil Besar mendapat hidayah ketika dalam tidur dan apabila
bangun dari tidur baginda mendapati zakarnya telah dikhatankan.
“Syahadan
apabila mangkatlah Raja Besar Muda itu maka menggantikan puteranya yang bernama
Raja Tengah. Syahadan apabila mangkatlah Raja Tengah itu maka menggantikan
kerajaannya puteranya yang bernama Raja Kecil Besar. Syahadan kata sahibul
hikayat inilah raja yang adil lagi saksama pada zaman itu, dan ialah Raja
Melayu yang mula-mula masuk ugama Islam, yang bermimpikan berjumpa hadrat Nabi
kita Muhammad salla Allahu ‘alaihi wasallam, yang diajar oleh Rasulullah salla
Allahu ‘alaihi wasallam, dengan mengucap dua kalimat syahadat, iaitu: asyhadu
al la ilaha illa’llahu, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulu’llahi: serta terkejut
daripada tidurnya, dilihatnya zakarnya sudah terkhatan.”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 4-5)
Selain itu juga, penyebaran dan
pengaruh Islam turut dipengaruhi oleh kehadiran pedagang-pedagang luar seperti
dari negara Arab. Pada waktu dahulu, kapal-kapal dagangan bebas membawa
barang-barang dagangannya dan berlabuh di pelabuhan yang ada. Kesempatan
berdagang inilah digunakan oleh pedagang untuk melebar luaskan pengaruh atau
fahaman mereka. Kehadiran pedagang dari luar yang secara tidak langsung melebar
luaskan pengaruh Islam turut diselitkan oleh pengarang dalam Tuhfat al-Nafis.
Misalnya:
“Maka
pada pagi hari ia berangkat ke pantai melihat kapal datang dari Jeddah. Maka
turunlah orangnya sembahyang di tepi pantai itu dilihatnya seperti yang di
dalam mimpinya. Maka raja itu pun menderumkan gajahnya lalu diambilnya orang
yang sembahyang itu dibawanya naik ke atas gajahnya, iaitu Syekh Makhdum
namanya, lalulah dibawanya masuk ke dalam kotanya. Maka belajarlah ia akan
ugama Islam. Maka masuk Islam segala orang besar-besarnya dan segala isi negeri
Melaka itu. Maka baginda itu pun bergelarlah Sultan Muhammad Syah.”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 5)
Petikan di atas menunjukkan kepada
pembaca bagaimana permulaan agama Islam masuk ke Alam Melayu dan seterusnya
tersebar luas. Pembaca juga dapat mengetahui bahawa pada mulanya agama Islam
berkembang dalam golongan atasan atau istana dan barulah merebak kepada rakyat
tempatan. Di sinilah peranan pengarang dapat dilihat dalam menyampaikan
maklumat akan kehadiran agama Islam melalui karya Tuhfat al-Nafis.
Pandangan yang jelas tentang Islam
dapat dilihat dalam pemerintahan. Pemerintah, iaitu raja atau sultan bertindak
membanteras golongan yang membawa ajaran sesat. Pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud di negeri Lingga, telah muncul seorang lebai dari Minangkabau, iaitu
Lebai Tamat. Pada mulanya Sultan Mahmud menerima kehadiran lebai itu kerana
menganggap lebai tersebut akan menyampaikan ajaran Islam.
“…maka
datang seorang lebai orang Minangkabau ke negeri Lingga, namanya Lebai Tamat.
Maka mengaku dirinya orang alim pada ilmu hakikat mengajarlah ia akan
sesetengah orang Lingga akan ilmu hakikat, dinamakan ilmunya itu ‘Isa’ konon,
dan banyaklah perkataan syathiyat, hingga akhir-akhirnya pekerjaannya jatuhlah
seperti i’tiqad mulhid mengaku dirinya Allah taala. Maka banyaklah murid
mengikut i’tiqad…”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 261)
Namun, pada ketika itu Sultan Mahmud
tidak mengetahui akan perkara tersebut berlaku dalam negerinya. Pegawai-pegawai
negeri Lingga telah menyampaikan masalah tersebut pada adinda Sultan Mahmud,
iaitu Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar.
“…datanglah
segala pegawai-pegawai negeri Lingga itu memaklumkan kepada Yang Dipertuan
Muda, maka murkalah Yang Dipertuan Muda. Maka lalu Lebai Tamat itu dengan
segala murid-muridnya ditaubatkan serta ditakzir digondolkan kepalanya.
Kemudian daripada itu, maka lebai itu pun keluarlah dari Lingga…”
(Tuhfat al-Nafis, 1982: 261)
Perkara tersebut tidak berhenti di
situ sahaja, Lebai Tamat telah pergi ke Lampung dan membawa ajaran sesat yang
sama. Perkara tersebut telah dapat dihidu oleh Sultan Mahmud lalu baginda
mengarahkan adindanya Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar membunuh lebai tersebut
dengan mengadakan perancangan yang strategik.
“Maka
sampailah khabar itu kepada Sultan Mahmud, maka bertambah-tambah murka baginda
itu akan lebai itu. Maka lalu baginda berkirim surat kepada paduka adinda Yang
Dipertuan Muda Raja Jaafar minta bunuh juga Lebai Tamat itu.”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 262)
Raja Jaafar telah mengikut
perancangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud untuk menangkap Lebai Tamat dan
menjatuhkan hukuman bunuh kerana menyebarkan ajaran songsang di serata tempat.
“Maka
apabila hampir ke darat maka ditangkaplah oleh orang yang disuruh Yang
Dipertuan Muda itu lalu diikat dan didepangkan tangannya. Kemudian lalulah
disuruh bunuh dikerat kepalanya dikirimkan kepada Sultan Mahmud di Lingga. Maka
habislah kisah Lebai Tamat yang tersebut itui intiha.”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 263)
Sistem pemerintahan
pada ketika itu amat mementingkan pegangan agama. Hal ini dapat dilihat
bagaimana Sultan Mahmud dan Yang Dipertuan Muda berusaha untuk membanteras
kegiatan ajaran sesat dan bagaimana tindakan yang diambil bagi menangani
masalah tersebut. Baginda pada mulanya menggunakan cara yang lembut dengan
meminta golongan tersebut bertaubat dan keluar dari negeri Lingga akan tetapi
golongan tersebut masih meneruskan kegiatan seperti itu di tempat lain dan
akhirnya baginda telah mengambil tindakan yang sewajarnya iaitu menjatuhkan
hukuman bunuh kepada pembawa ajaran sesat tersebut. Jelaslah bahawa, di sinilah
menunjukkan pandangan hidup tentang Islam.
Pandangan hidup terhadap Islam juga
dapat dilihat di sini melalui raja yang
tidak mementingkan darjat. Islam amat mementingkan seorang raja yang berjiwa
rakyat, iaitu raja yang adil dan saksama serta mempunyai etika yang tinggi.
Raja yang berjiwa rakyat merupakan raja yang sangat dihormati dan disayangi
oleh rakyat jelata. Hal ini demikian kerana, raja yang merupakan golongan yang
mempunyai darjat yang tinggi sanggup melupakan darjatnya dan ‘turun padang’
melihat kehidupan yang dilalui rakyatnya. Islam amat mementingkan perkara ini.
Dalam agama Islam, setiap manusia adalah
sama, yang membezakan mereka ialah darjat taqwa disisi Allah S.W.T:
“Wahai
manusia sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seornag
perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbngsa-bangsa dan bersuku-suku agar
kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui Maha Teliti.”
(Surah
Al-Hujurat, 50:13)
Raja yang berjiwa rakyat ini
ditonjolkan dalam karya Tuhfat al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji.
Contohnya adalah seperti berikut:
“Syahadan
apabila mangkatlah Sultan Mansur Shah ini maka menggantikan kerajaannya
puteranya Sultan Alauddin Riayat Syah. Adalah baginda itu sangat suka mengawali
negeri pergi sambang malam dengan dirinya sendiri, dan beberapa kali ia
membunuh penyamun dan pencuri dengan tangannya sendiri dan menghukumkan dengan
adil dan bencikan orang yang jahat-jahat serta memeliharakan harta benda
orang.”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 7)
Pengarang memaparkan kepada pembaca
akan sikap seorang raja pada ketika itu yang suka melakukan kerja-kerja menjaga
keselamatan rakyat tanpa bantuan orang lain.
Selain itu, pandangan terhadap Islam
dizahirkan dengan keadilan. Pengarang turut menyelitkan corak pemerintahan yang
dibawa pada ketika itu merupakan corak pemerintahan yang adil yang diterajui
oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang digambarkan oleh pengarang sebagai raja
yang berjiwa rakyat dan mempunyai etika atau tingkah laku yang baik dan
seharusnya dicontohi oleh pemimpin pada zaman sekarang yang mengutamakan rakyat
daripada kepentingan peribadi. Keadilan merupakan perkara yang amat perlu
dititikberatkan oleh orang Islam terutamanya golongan pemerintah. Dalam
Al-Quran Allah menyebut:
“Sungguh
Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila
kamu menetapkan hokum diantara manusia, hendaknya kamu menetapkannya dengan
adil. Sungguh Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah
Maha Mendengar Maha Melihat.”
(Surah An-Nisa’,
4:58)
Keadilan
digambarkan dalam Tuhfat al-Nafis dengan jelas ketika Sultan Mahmud menjatuhkan
hukuman kepada anakandanya sendiri dengan cara meracuni anakandanya. Hal
tersebut berlaku demikian kerana anaknya suka menindas golongan tua dan
golongan besar. Di sinilah menunjukkan falsafah ‘biar mati anak, jangan mati
adat’. Adat di situ bukannya bererti norma masyarakat ketika itu, adat bermakna
hukum-hakam yang telah ditetapkan dalam Islam iaitu seseorang yang zalim perlu
dihukum dan diadili.
“Maka
itu Sultan Pahang bernam Sultan Mansur Syah kerabat baginda itu juga. Maka
tiada beberapa lama di Pahang pindahlah pula ia ke Johor, lalu membuat negeri
di Johor. Syahadan puteranya Sultan Ahmad itu murah perangainya, akan tetapi
tidak suka akan orang tua-tua serta dihina-hinakannya segala orang besar-besar,
serta dilakukannya pekerjaan-pekerjaan yang bukan-bukan patut atas orang
tua-tua dan orang besar-besar itu. Maka Sultan Mahmud pun murka lalu diracunnya
puteranya itu, maka mangkatlah Sultan Ahmad Syah itu. Maka jadilah enam
keturunan Raja-raja Melayu kerajaan di dalam negeri Melaka.” (Tuhfat
al-Nafis, 1982: 8-9)
Melalui petikan di atas, pengarang
ingin pembaca berfikir bahawa hukum dan keadilan itu mengatasi segalanya. Tidak
dikira raja atau rakyat, semua tidak terlepas daripada hukuman dan mesti
dihukum dengan adil. Petikan ini menunjukkan perbezaan antara dua kerabat
diraja yang memiliki sikap atau etika yang berbeza dan pengarang menunjukkan
bagaimana penerimaan orang lain terhadap sikap yang dibawa oleh seseorang
individu itu.
4.2.2 Pandangan Hidup terhadap
Adat Istiadat
Adat
merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesebuah
masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab
bermaksud kebiasaan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan
makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup
yang kini ditakrif sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat,
upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau
cara duduk.
Selain itu juga adat istiadat
merupakan bahagian adat yang mengatur segala macam upacara dan kegiatan suci
yang perlu menerima penghormatan awam. Adat istiadat berlaku kerana diamalkan
dan dijaga sebaiknya. Jika ditinggalkan, adat istiadat akan pupus. Namun adat
istiadat juga tertakluk pada prinsip perubahan melalui muafakat dan perundingan
ataupun kesan pengaruh dari luar. Ini banyak kelihatan dalam peringkat upacara
edaran hidup manusia. Pengarang Tuhfat al-Nafis, iaitu Raja Ali Haji turut
menyelitkan akan kemunculan adat-adat Melayu pada ketika itu. Beliau menyatakan
bahawa, Sultan Muhammad Syah merupakan raja Melayu yang pertama memperkenalkan
adat-adat dalam masyarakat Melayu.
“Syahadan
baginda Sultan Muhammad Syah inilah Raja Melayu mula-mula meletakkan adat-adat
Melayu seperti kekuningan yang tertentu kepada raja jua, melainkan kekuningan
itu jika diambilkan baju dan kain dan destar maka tiga perkara itu boleh. Dan
demikian lagi larangan membuat rumah beperangin dan tiang beralas tidak
terletak ke tanah dan rumah berpebalaian dan berpelantaran. Dan perahu larangan
juga seperti perahu bertingkap dan berpengadapan. Dan berlarang juga bergelang
kaki emas keroncong kepala perak sekalipun tiada dapat orang keluaran
memakainya, jika kaya sekalipun melainkan dengan anugerah raja jua maka boleh.
Dan lainnya daripada adat yang tentu kepada raja-raja dan kepada anak-anak raja
jua. Dan jika mengadap raja di balairung, jika Raja Muda duduklah di seri
balai, demikian lagi Bendahara dan Temenggung dan Indera Bungsu dan segala
menteri-menteri daripada raja-raja di seri balailah kedudukannya. Dan lagi
beberapa adat istiadat yang tersebut pada siarah yang panjang-panjang.”
(Tuhfat
al-Nafis, 1982: 5)
Petikan di atas menunjukkan kepada
pembaca akan punca tercetusnya adat istiadat dalam golongan diraja seperti
penggunaan warna kuning yang dikhususkan untuk golongan diraja sahaja dan penggunaan
balairung dan seri balai ketika mengadap sultan dan raja muda. Barangsiapa yang
memakai pakaian yang berwarna kuning seperti raja, akan terkena tulah. Apa yang
hendak disampaikan oleh pengarang adalah supaya pembaca melihat dan mengetahui
akan adat istiadat dan seterusnya memberi gambaran bahawa terdapat keistimewaan
tersendiri bagi golongan atasan atau raja pada ketika itu.
5.0 Nilai Ilmu dalam Tuhfat Al-Nafis
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
perkataan nilai merujuk kepada
darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Mohd Rashid Md. Idris (2011), mendefinisikan nilai kepada tiga konteks utama, iaitu
sebagai sifat bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyataka
kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau
piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Mohd Rashid Md. Idris dan rakan-rakan
(2014), juga mengistilahkan nilai sebagai ‘al-qaimah’
dalam bahasa Arab yang merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan
kepada sesuatu. Dapat disimpulkan bahawa istilah nilai merujuk kepada sesuatu
yang mempunyai harga yang tinggi terhadap sesuatu perkara.
Membincangkan konsep ilmu pula, Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
menyatakan bahawa ilmu merupakan pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat,
zahir, batin dan lain-lain. Menurut Mohd Rashid Md Idris dan rakan-rakan
(2014), ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha
kita menyebarkannya kepada orang lain dalam pelbagai bentuk maklumat. Melalui
definisi-definisi di atas, dapar dirumuskan bahawa ilm merujuk kepada
pengetahuan terhadap sesuatu perkara atau maklumat yang boleh diperolehi dan
disebarkan melalui pelbagai cara.
Kesimpulannya,
nilai ilmu merujuk kepada kualiti atau mutu pengetahuan yang ada kepada
seseorang individu atau sesebuah masyarakat. Jika dikaitkan dengan karya agung
yang dikaji, iaitu Tuhfat Al-Nafis, nilai ilmu ini merujuk kepada pengetahuan
masyarakat mengenai sesuatu perkara, contohnya ilmu firasat, ilmu perdukunan,
ilmu keagamaan dan sebagainya. Setelah dianalisis, terdapat beberapa nilai ilmu
yang ditonjolkan oleh pengarang mengenai pengetahuan masyarakat pada masa itu.
Antara nilai ilmu yang diketengahkan ialah, ‘ilmu keagamaan’, ‘ilmu pelayaran’,
‘ilmu peperangan’, ‘ilmu firasat’, dan ‘ilmu perdagangan’.
5.1 Ilmu Keagamaan
Konsep
agama menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), membawa pengertian kepercayaan kepada Tuhan dan sifat serta kekuasaan
Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Berteraskan Islam, Ilmu Agama atau Ilmu Syar’I adalah Ilmu
yang Allah turunkan kepada Nabi-Nya berupa bukti-bukti dan petunjuk yang ada
dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW. Kesimpulannya ilmu agama ialah
pengetahuan tentang kepercayaan, sistem budaya, dan pandangan
dunia yang menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta
.
Dalam karya Tuhfat Al-Nafis, nilai
ilmu keagamaan ini banyak ditonjolkan melalui pengetahuan agama golongan
pemerintah. Petikan dibawah membuktikan bahawa golongan pemerintah pada zaman
tersebut sudah menunjukkan bahawa mereka mempunyai ilmu dalam keagamaan yang
baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan tersebut :
“Setelah itu waktu haji pun sampailah. Maka Raja Ahmad pun hajilah dan
umrahlah dan wukuflah di Arafah bersama-sama segala haji yang dating daripada
sekeliling dunia daripada orang Islam. Dan tawaflah dan sa’ilah, kemudian
daripada melontar jumrat di Mina, maka masuklah ke dalam Mekkah dan tahlillah
serta memakai serban…”
(Tuhfat
Al-Nafis, 1982 : 303)
Petikan di atas memberitahu bahawa
golongan pemerintah pada waktu itu, iaitu raja Ahmad sudah mengetahui tentang
ilmu untuk mengerjakan haji. Hal ini bermaksud, mereka telah mempelajari
tentang ilmu agama Islam secara mendalamnya sehingga mampu menunaikan rukun
haji dengan baik. Para pemerintah pada zaman tersebut mempelajari tentang ilmu
agama melalui pedagang-pedagang atau ulama-ulama daripada tanah Arab yang
majoritinya beragama Islam yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang.
Buktinya :
“Maka
pada pagi hari ia berangkat ke pantai melihat kapal datang dari Jeddah. Maka
turun orangnya sembahyang di tepi pantai itu dilihatnya seperti yang di dalam
mimpinya. Maka raja itupun menderumkan gajahnya lalu diambilnya orang yang
sembahyang itu dibawa naik ke atas gajahnya, iaitu Syekh Makhdum namanya,
lalulah dibawanya masuk ke dalam kotanya. Maka belajarlah ia akan ugama Islam…”
(Tuhfat Al-Nafis, 1982 : 5)
Petikan di atas menunjukkan cara golongan
pemerintah memdapatkan atau mempelajari ilmu agama Islam. Jelaslah bahawa,
masyarakat pada zaman tersebut sudah mempunyai nilia ilmu keagamaan yang tinggi
hasil pembelajaran daripada ulama daripada golongan pedagang.
5.2 Ilmu Pelayaran
Ilmu
pelayaran ialah ilmu pengetahuan yang mengajarkan cara untuk melayarkan kapal
dari satu tempat ke tempat yang lain dengan aman dan ekonomis. Masyarakat Melayu
sebelum mengalami dunia pemodenan sangat bergantung kepada jalan laut sebagai
alat perhubungan. Oleh sebab itu, mereka sangat mahir dalam proses
mengendalikan kapal. Buktinya dapat diperhatikan melalui petikan tersebut :
“Maka tiada berapa lamanya maka lalu ia hendak
belayar pula mengembara. Maka lalulah diberi oleh saudaranya sebuah pencalang,
cukup dengan modalnya serta alat senjatanya. Maka belayarlah dari Betawi lalu
ke Siantan.”
(Tuhfat Al-Nafis, 1982, 51)
Hal ini membuktikan bahawa
masyarakat sangat arif tentang ilmu pelayaran. Hal ini demikian kerana, mereka
telah menyediakan segala kelengkapan yang cukup sebelum memulakan pelayaran.
Aktiviti perdagangan pada waktu tersebut juga perlu melalui proses pelayaran.
Hal ini dibuktikan dengan kewujudan pelabuhan-pelabuhan besar seperti yang
terdapat di Riau dan Johor pada waktu tersebut, malah umat Islam pada waktu
tersebut yang pergi menunaikan haji juga menggunakan kapal sebagai pengangkutan
utama mereka.
5.3 Ilmu Peperangan
Merujuk Kamus
Dewan Edisi Keempat (2010), peperangan ialah perkelahian pertempuran dengan menggunakan senjata
antara dua belah pihak. Ilmu peperangan ini sangat penting dalam proses
meluaskan jajahan takhluk seperti yang dilakukan oleh Belanda, Portugis, Acheh
dan sebagainya. Ilmu peperangan merangkumi segala kelengkapan, strategi dan
taktik sebelum menghadapi peperangan. Petikan di bawah membuktikan masyarakat
pada zaman tersebut sudah memiliki ilmu peperangan yang tinggi.
“Alkisah maka tersebutlah perkataan Opu Kelana Jaya
Putera dan saudaranya di dalam negeri Selangor. Maka bersiaplah ia akan
kelengkapan perang, ada kira-kira tiga puluh buah gurab yang tahan menanggung
meriam serta dicukupkannya dengan ubat pelurunya, serta bersedia beberapa kodi
senapang dan pemburas apa lagi terakul…”
(Tuhfat Al-Nafis, 1982 : 76)
Antara strategi
dalam peperangan yang dilakukan oleh pemerintah Johor pada abad ke-16, adalah
memberi bantuan kepada Belanda untuk menyingkirkan Portugis di Melaka. Sebagai
balasannya, Belanda telah membuat perjanjian keistimewaan perdagangan kepada
Johor malah mendapat memberi perlindungan kepada Johor daripada serangan Acheh.
Hal ini membuktikan pemerintah pada abad tersebut sudah mempunyai ilmu
peperangan yang tinggi bagi menjamin kemakmuran negerinya.
5.4 Ilmu Firasat
Ilmu firasat merupakan
pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk
mengetahui kelakuan atau nasib orang. Dalam Tuhfat Al-Nafis, ilmu firasat ini
diperolehi melalui mimpi. Sebagi buktinya, petikan di bawah menunjukkan nilai
ilmu firasat yang diperoleh oleh golongan pemerintah pada ketika itu.
“…
Apabila sudah siap maka muafakatlah ia hendak masuk ke negeri Johor dan Melaka
mengembara pada sebelah tanah itu, kerana ia sudah mendapat alamat tatkala masa
hendak ia semua keluar daripada tanah Bugis itu : iaitu Opu Dahing Menambun ada
bermimpit akan zakar saudaranya Opu Dahing Cellak itu menjulur jadi naga.
Adalah kepalanya mengadap ke sebelah pihak barat Johor. Maka ditakbirkan orang,
anak cucunya akan mendapat kerajaan di sebelah Johor dan Riau yang berpanjangan
masanya…”
(Tuhfat
Al-Nafis, 1982 : 52-53)
Pernyataan di atas menceritakan
pengembaraan anak-anak Bugis ke tanah Melayu adalah didorong oleh firasat yang
diperoleh daripada mimpi, mereka akan menjadi pemerintah yang berpanjangan di
negeri Johor dan Riau. Oleh itu, jelaslah bahawa, Raja Ali Haji menonjolkan
kelebihan golongan pemerintah terutamanya daripada golongan pemerintah Bugis
sehingga mempunyai ilmu firasat sebelum melakukan apa-apa tindakan.
5.5 Nilai Ilmu Perdagangan
Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga,
perniagaan biasanya antara negara-negara (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).
Raja Ali Haji dalam Tuhfat Al-Nafis banyak menonjolkan perihal perdagangan
dalam penulisannya.
“Syahadan
pada masa inilah Yang Dipertuan Muda Opu Dahing Cellak menyuruh Punggawa Tarum
dan Penghulu J-n-d-w-a-n mengambil benih gambir di sebelah tanah Pulau Perca
dibawa ke Riau memulai bertanam gambir. Maka bertanamlah segala bugis-bugis dan
Melayu membuat beberapa ratus ladang gambir… Maka apabila jadilah gambir itu
mangkin ramailah negeri riau kerana segala dagang-dagang itu berpalu-palu
dagangannya itu dengan gambir…”
(Tuhfat Al-Nafis, 1982 : 122)
Petikan di atas menunjukkan
kepandaian golongan pemerintah mengenai ilmu perdagangan. Pemerintah mengetahui
strategi untuk menjadikan negeri itu sebagai pusat perdagangan yang maju.
Sebagai, tanaman gambir mampu menjadi bahan mentah yang sangat diperlukan dan
laku dalam perdagangan. Hal ini membuktikan, bahawa golongan masyarakat pada
masa itu sangat arif tentang ilmu perdagangan.
Kesimpulannya, nilai-nilai ilmu ini
telah menunjukkan ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat pada
zaman dahulu yang ditonjolkan oleh Raja Ali Haji dalam karyanya Tuhfat
Al-Nafis. Nilai ilmu ini telah diwarisi daripada generasi kepada generasi
hingga kini namun telah mengalami proses pemodenan. Asasnya, nilai-ilmu ini
menjadi pemangkin dalam pembangunan Negara pada hari ini khususnya dalam bidang
ekonomi.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya,
buku Tuhfat Al-Nafis adalah karya yang bersifat hitoriografi yang memaparkan
sejarah kerajaan bugis yang terdapat di Johor. Pengarang yang merupakan orang
bugis dilihat sangat bias dalam penulisannya, sehingga semua benda yang ada di
alam Melayu ini ingin dikatakan berasal daripada Bugis. Namun begitu, di dalam
karya ini ditonjolkan nilai, nilai budaya, pandangan hidup dan suasana
masyarakat pada ketika itu. Namun begitu, nilai-nilai dan pandangan hidup tersebut
tidaklah dinyatakan dengan jelas, melainkan perlu satu pengkajian untuk
mengenal pasti hal-hal tersebut.
Raja Ali Haji boleh dikatakan
sebagai seorang tokoh karya agung yang telah banyak berjasa kepada dunia
penulisan. Beliau telah menulis banyak karya dalam pelbagai bidang seperti
bidang keagamaan, kesusasteraan, bahasa, Sejarah dan ketatanegaraan. Selain
Tuhfat Al-Nafis, beliau juga menulis karya yang bertajuk, Bustan Al-Katibin, Salsilah
Melayu-Bugis, Kitab Pengetahuan Bahasa dan pelbagai lagi. pelbagai lagguasaan
beliau dalam pelbagai bidang ini adalah akibat daripada usaha beliau sendiri
yang menuntut ilmu tanpa rasa jemu.
Sebagai kesimpulannya, karya yang
telah dihasilkan oleh Raja Ali Haji adalah berasaskan ilmu pengetahuan yang
diperoleh sejak kecil. Kitab-kitab beliau sangat sesuai dijadikan panduan dan
iktibar oleh masyarakat masa ini dalam menjalani kehidupan seharian. Diharapkan agar semua karya Raja Ali Haji
yang bagus seperti ini dipelihara dan boleh dijadikan bahan rujukan kepada generasi
akan datang.
Rujukan
Kamus
Dewan Edisi Keempat, (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris, (2011). Nilai Melayu dalam Pantun. Perak :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Rashid Md Idris dan rakan-rakan
(2014). Karya Agung Melayu. Tanjung
Malim, Perak: Universiti Pendidkan Sultan Idris.
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji,
(1997). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam,
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Virginia Matheson, (1982).
Tuhfat Al-Nafis Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Virginia Matheson,
(1991). Tuhafat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
_________(2007).
Al-Quran dan Terjemahannya. Kuala
Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Hazman Azhar, (2013). Wacana Karya-karya Agung. Dipetik pada:
Mac 29, 2015. Daripada laman web:
http://www.scribd.com/doc/140534760/Nota-SJH3102-Bab-3-Keunikan-Karya-Agung#scribd.
No comments:
Post a Comment